top of page

Kita harus terima kelemahan di Melaka dan bangkit semula - Anwar



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat kelemahan dalam gabungan yang diterajuinya yang perlu diterima dengan hati terbuka.


Kata beliau, selain daripada Prosedur Operasi Piawai kempen yang buruk, kelemahan PH merupakan punca kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.


"Ramai menyentuh Melaka. Kempen yang bukan kempen. Sampai (mesej) kepada rakyat itu sukar sekali. SOP yang memihak kepada golongan pemerintah. Tetapi kita juga tahu bahawa pengalaman ini mengajar kita harus kita, teliti kekuatan dan kelemahan kita


"Kelemahan di Ranting, Cabang dan di pusat, termasuk presidennya sekali, juga parti parti rakan termasuk DAP dan Amanah. Kita harus bincang secara terbuka, bukan hanya menunding tetapi mencari jalan keluar.


"Kita perlu memperbaiki kelemahan yang nyata. Ini tidak boleh berlaku kalau satu pihak mendabik dada. Merasa berkuasa, , mengarah menuntut cara angkuh, dia tidak akan dapat penyelesaian," katanya dalam ceramah sempena kemasukan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik ke dalam KEADILAN.


Menurut Presiden KEADILAN itu, di Melaka PH sering dihadapkan persoalan oleh BN dan PN, sanggupkah orang Melayu diperintah oleh gabungan dikuasai bukan Melayu.


Katanya, serangan dari dua penjuru itu berbisa dan sukar untuk ditangkis tanpa adanya ceramah umum.


"Bila tanya kempen mereka, apa kamu mahu PH perintah semula? Dengan persepsi bahawa pemerintahan PH itu akan menjadi dominan kaum lain ke atas Melayu. Kita tahu ini tidak benar tetapi kelemahan besar kita adalah menyampaikan mesej


"Ini bagi saya satu hal yang serius dalam 22 bulan perintah, kita tak dapat meyakinkan rakyat kita lebih baik, walaupun dasarnya baik.


"Tindakan menteri baik. Dr Maszlee Menteri Pendidikan dengan sikap turun ke bawah melihat sekolah, guru dan pelajar, beliau di antara Menteri Pendidikan terbaik yang kita lahirkan.


"Tetapi tetap menerima tempiasan yang tebal di kalangan rakyat. Maka kita harus melihat ini semua dan bangkit semula," katanya.


Apa pun, Anwar menyifatkan penyertaan Dr Maszlee ke dalam KEADILAN sebagai pencetus semangat melawan parti terutamanya menghadapi pilihan raya dalam masa terdekat.


"Sebab itu hari ini kita menerima berita gembira dan menggalakkan, seorang tokoh muda yang mempunyai potensi dan harapan yang tinggi menceburkan diri dalam dunia politik memilih untuk bersama KEADILAN


"Saya salut dengan ketegasan beliau memilih dalam keadaan ada sikap sinis terhadap perjuangan kita, semata mata kerana satu kekalahan pilihan raya," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page