'Kita bukan lagi Seangkatan, Ayuh Anak Muda, kita AMK' - Adam Adli



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kembali bertaut selepas Pemilihan KEADILAN 2022.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN yang baharu Adam Adli Abd Halim mahu semua perbezaan pandangan dan hala tuju dikesampingkan untuk bersatu hati menggalas perjuangan memastikan KEADILAN menang dan terus cemerlang terutamanya dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Kepelbagaian teras perjuangan parti kita. Oleh yang demikian saya pohon kelak kita mengemudi AMK ini, utamakan kebersamaan, kesetiakawanan dan kesatuan kita.


"Para pemimpin uruskan perbezaan dengan baik.


"Hari ini kita bukan lagi Seangkatan, bukan lagi Ayuh Anak Muda. Hari ini kita AMK.


"Panjang umur perjuangan dan reformasi buat kita semua," kata Adam dalam ucapan penutup Kongres AMK.


Beliau juga bertekad untuk memimpin AMK sebaik mungkin di samping mengucapkan terima kasih tidak terhingga ke atas kepimpinan Ketua AMK sebelumnya, Akmal Nasir serta barisan exco beliau.


"Sebagai salah seorang terpilih mengemudi AMK, saya tidak mahu mengikat diri dengan terlalu banyak janji yang entah kalau tidak berhati hati, risau dimungkiri.


"Menjadi tanggungkawab saya untuk memimpin dengan adil dan saksama," katanya dalam ucapan sulung bersama barisan Ahli Majlis Pimpinan AMK yang baharu dipilih, malam tadi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER