top of page

'Kita bersatu tinggal kerosakan, bentuk Malaysia baru berteras Madani'



Terdapat pelbagai penyatuan yang pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia namun penyatuan dalam Kerajaan Perpaduan adalah model politik paling baik yang pernah diwujudkan.


Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyatuan parti parti dalam komponen Kerajaan Perpaduan adalah untuk mewujudkan Malaysia baharu yang bertamadun selepas puluhan tahun rakyat menderita perpecahan dan dirompak kekayaan negara oleh pemimpin yang rakus.


"Perpaduan ini untuk apa? Tidak pernah dianjur oleh agama, budaya, doktrin politik bahawa bersatu tanpa matlamat. Ada yang bersatu untuk mereka teruskan cara lama memunggah kekayaan negara untuk sanak saudara

"Kita (Kerajaan Perpaduan) bersatu untuk meninggalkan kekacauan dan kerusakan yang lama, serta membentuk Malaysia baru yang berteraskan madani serta tamadun baru bangsa dan negara.


"Ini bezanya. Oleh itu saya mengulangi penghormatan kepada pimpinan (Kerajaan Perpaduan). 6 bulan kita perintah. Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Premier Sarawak dan pimpinan lain," katanya dalam ucapan penutup konvensyen Kerajaan Perpaduan di WTC, Kuala Lumpur petang tadi.


Menurut Anwar lagi, perpaduan itu amat penting untuk memastikan politik negara stabil dan diyakini para pelabur.


Sehubungan itu, katanya, bagi yang masih bermimpin bahawa majoriti Ahli Parlimen berada di pihak mereka maka satu satunya cara untuk menunjukkan majoriti ialah dengan membawa usul di Dewan Rakyat yang bakal bersidang pada hujung Mei ini.


"Kepada yang mengigau bawa usul di parlimen. Kita bertempur di parlimen minggu ini. Sebab apa, sebab stabil politik itu menjamin keupayaan kita memacu pertumbuhan


"Kita juga kena ingat amanah rakyat, korbankan (ideologi) kaum dan bangsa semata mata untuk kamu hidup dalam negara ini," katanya lagi.


Untuk rekod, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan ini adalah kali pertama Datuk Seri Anwar memberi ucapan di PWTC selepas 25 tahun. Kali terakhir beliau berucap di pentas sama pada Perhimpunan UMNO 1997.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page