top of page

'Kita bermasalah kerana gagal terangkan kelebihan MoU kepada rakyat' - Fadhlina

Updated: Jan 28, 2022



Satu sisi yang kurang diambil kira dalam propaganda KEADILAN sejak kebelakangan ini adalah kegagalan menerangkan kejayaan memorandum kerjasama (MoU) antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan dengan baik.


Banyak isu berkaitan MoU yang memberi faedah kepada rakyat telah diselesaikan. Namun kerana BN berkuasa maka rakyat menganggap hal itu berasal dari parti berkenaan walaupun hakikatnya idea asal adalah dari PH.


Menurut Senator Fadhlina Sidek, kegagalan menerangkan MoU secara berkesan mengurangkan 'taring' PH di mata rakyat, sedangkan PH telah memberi sumbang saran yang sangat hebat.


"Kita ada MoU, naratifnya kita gagal terangkan kepada rakyat. Bagaimana efektifnya MoU kepada rakyat setelah kita tandatanganinya. Terma yang kita persetujui telah sampai 70% dilaksanakan.


"Banyak benefit untuk rakyat hasil MoU ini. Tetapi bagaimana kita nak sampaikan setakat mana MoU itu telah berjalan?" katanya dalam forum anjuran Studio Keadilan, malam tadi.


Mengenai soalan moderator, isu perkauman yang sering menjadi kad taruhan BN menjelang pilihan raya, Fadhlina berkata seharusnya KEADILAN mempunyai naratif yang lebih kuat dalam menangkisnya dan tidak terikut ikut arus BN atau Pas.


Baginya, naratif berbilang kaum dalam KEADILAN telah cukup kuat cuma perlu diperbaharui dan dipertegaskan lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang untuk menghasilkan sokongan.


"Kita perlu naratif yang kuat. Saya ingat antara naratif kuat yang kita sebut adalah parti kita pelbagai bangsa.


"Kita juga sudah bersetuju bahawa kita dirangkum dalam kepelbagaian. Sebab itu naratif ini mesti dikongsi dan dipertahankan. Kalau kita fikir ada isu berkenaan kebimbangan orang Melayu saya fikir kita sendiri tidak cukup kuat.


"Kita bukan lagi kena berkongsi dengan DAP tentang hal itu tetapi dalam masa sama kita kena pertahankan naratif kita. Kita perlu menundukkan perkauman dan penggunaan kad perkauman apabila muncul pilihan raya," katanya.


Selain itu, Fadhlina juga mencadangkan agar parti lebih ke hadapan dalam media sosial kerana KEADILAN.


Katanya, dalam bencana banjir baru baru ini KEADILAN mempunyai pelbagai program dan ahli yang turun membantu mangsa banjir namun yang dikenali di media sosial adalah aktiviti dari parti Muda.


"Saya lihat masa banjir, saya pasti semua anggota kita turun. Di mana saja kita turun kita jumpa semua AMK, ahli parti, tetapi yang seolah olah menguasai media sosial itu parti lain. Membuat orang tertanya tanya adakah KEADILAN, AMK ini wujud (dalam program bantuan).


"Inilah ujian sebenar kita. Saya ingat banyak perkara yang perlu dipertontonkan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page