top of page

Kisah tular bayi hidap masalah kesihatan mendapat perhatian PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 22, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Gambar yang tular di media sosial memaparkan seorang ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan menaiki motosikal mendapat perhatian Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, memohon orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keluarga berkenaan.


"Mohon sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keluarga ini untuk salurkan kepada saya di ruangan komen agar kami dapat menghubungi mereka.


"Hal ini mendapat perhatian Anwar dan inshaAllah pihak kami akan membantu keluarga ini untuk menambah baik kehidupan seharian mereka," katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Dalam perkembangan berkaitan, warganet telah mengenal pasti pasangan tersebut yang mendiami kediaman yang terletak di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah di Kedah.


Difahamkan cahaya mata pasangan Mohd Azlan Ishak, 36, dan isterinya, Norhidayu Halim, 35 itu perlu bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan untuk menjalani aktiviti harian susulan menghidap masalah paru-paru kronik.


Mohd Azlan yang bekerja sebagai pembantu di pelantar ikan yang dibayar gaji harian sebanyak RM50 sehari tidak mampu membayar tambang teksi kerana mempunyai sumber pendapatan terhad menyebabkan mereka perlu berulang-alik ke hospital menaiki motosikal bagi mengambil ubat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), kira-kira 20 kilometer dari kediaman mereka.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page