Kira Undi Ragu, tugas Exco berjalan serentak - Rodziah



Setelah diumumkan sebagai pemenang tidak rasmi jawatan Ketua Wanita KEADILAN pusat, Rodziah Ismail seperti calon calon jawatan utama lainnya perlu berulang alik ke Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya bagi sesi kiraan Undi Ragu.


Kiraan tersebut akan menjamin kemenangan calon adalah muktamad, dan akan diumumkan dalam Kongres Nasional KEADILAN pada akhir Jun ini.


Bagi Rodziah yang juga Exco Selangor, beliau telah menyertai pengiraan Undi Ragu masuk hari keempat malam tadi


Namun, katanya, hal itu tidak akan mengurangkan komitmennya untuk menyelesaikan tugas rutin sebagai Ahli Dewan Negeri dan Exco.


"Partisipasi wanita dalam politik akan meningkat jika kesejahteraannya ketika bekerja jelas terjamin.


"Sebagai contoh, wanita perlu bertugas sehingga lewat malam menyelesaikan hal-hal rakyat.


"Macam sekarang. Dalam pada kami perlu mengira Undi Ragu Pemilihan KEADILAN 2022, ada tugas-tugas Exco yang perlu disegerakan. Semua perlu dibuat serentak," katanya.

Rodziah bersama pasukannya di Ibu Pejabat KEADILAN

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga itu turut berterima kasih kepada pasukannya yang sanggup bersama sama dan menghabiskan banyak masa sepanjang pemilihan menyelesaikan tugas politik mahu pun kerja kerja berkaitan rakyat.


"Saya tidak bekerja berseorangan. Pasukan saya sentiasa cekap membantu dan perlu bersedia sepanjang masa.


"Sepanjang Pemilihan ini, mereka perlu balik lewat malam, sentiasa perlu 'on standby mode'. Perlu urus keluarga dengan efisien.

"Kerja hakiki yang lain pula perlu diberi perhatian seimbang agar tak terculas salah satu.


"Apabila mereka berasa selamat, sejahtera dan terjamin, pasti akan lebih bersemangat nak bekerja demi rakyat. Ini bukan sekadar cakap-cakap kosong. Ia perlu disusun. Perlu ada sistem dan mekanisme yang teliti.


"Saya sudah khususkan dalam Agenda Regenerasi Wanita KEADILAN," katanya lagi.


Sehingga malam tadi dan selesai mengira Undi Ragu untuk Selangor, Rodziah masih mendahului pencabarnya Senator Fadhlina Sidek. Pengiraan dijangka akan diteruskan selama beberapa hari lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER