top of page

Kiosk Sentuhan MADANI kedua, akses 100 perkhidmatan dilancar di KL Sentral



Orang ramai terutamanya pengguna pengangkutan awam kini dapat mengakses 100 perkhidmatan kerajaan melalui Kiosk Sentuhan MADANI yang mula beroperasi di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral), hab transit terbesar negara.


Kiosk kedua selepas Putrajaya itu menawarkan perkhidmatan melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), MyDigital ID, Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Pos Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Kiosk Sentuhan MADANI kedua dibangunkan dengan kerjasama Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) itu akan memberikan manfaat kepada lebih 220,000 rakyat pelbagai latar belakang yang menggunakan kemudahan di KL Sentral setiap hari.


"Kiosk ini menghimpunkan pelbagai kiosk perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan orang ramai sebagai platform perkhidmatan digital untuk rakyat, mempermudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan, di samping menyokong agenda pendigitalan negara.


"Kiosk ini ditempatkan di lokasi terpilih termasuk di pusat membeli belah yang dapat memberi akses yang selesa serta mempunyai hari dan waktu operasi yang lebih panjang dari pejabat kerajaan," katanya ketika berucap melancarkan kiosk tersebut di KL Sentral hari ini.


Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi MRCB Datuk Mohamad Nasir AB Latif

Pengerusi MRCB.


Kemudahan Kiosk Sentuhan MADANI (KSM) telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2025 dengan kiosk pertama diluncurkan oleh beliau di Alamanda, Putrajaya pada Januari lalu.


Loke berkata kedudukan strategik KL Sentral membolehkan Kiosk Sentuhan MADANI memanfaatkan aliran penumpang yang tinggi, memberikan kemudahan kepada masyarakat yang sering berulang-alik dan memastikan perkhidmatan penting tersedia di lokasi yang paling sesuai.


"Dengan lebih 220,000 penumpang melalui KL Sentral setiap hari, ia terus memainkan peranan penting sebagai hab utama yang menghubungkan masyarakat dan menyokong mobiliti yang lancar," ujarnya.


Dalam pada itu, beliau berkata usaha untuk memperluaskan jaringan Kiosk Sentuhan MADANI akan diteruskan lagi dengan pembukaan tapak ketiga di One Utama, Petaling Jaya, Selangor.


"Sebagai salah satu pusat membeli belah yang terbesar di negara, One Utama merupakan lokasi yang sangat strategik kerana ianya menjadi tempat tumpuan orang ramai di kawasan tersebut untuk menggunakan perkhidmatan awam.


"Dengan pendekatan ini, kita berharap Kiosk Sentuhan MADANI dapat menjadi model kepada transformasi perkhidmatan awam yang lebih mesra rakyat, digital, dan relevan dengan keperluan semasa," ujarnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page