top of page

Kilang Boeing di Malaysia, pesawat dibeli MAG diselenggaran jurutera tempatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 7
  • 2 min read
ree

Oleh : Akmal Manaf


Pembangkang perlu membuka minda lebih luas berhubung pembelian 30 pesawat Boeing dan kemungkin tambahan pembelian pada masa hadapan.


Menurut Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Bryan Ng Yih Miin, pembelian pesawat Boeing bukan semata mata berkaitan isu pengurangan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia tetapi pemindahan teknologi, juga dasar negara untuk menjadikan industri penerbangan sebagai keutamaan.


Katanya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan National Aerospace Industry Corporation (NAICO) Malaysia pada waktu ini begitu menggalakkan industri aeroangkasa.


Manakala pesawat Boeing yang dibeli oleh Malaysia Aviation Group (MAG), kata Bryan Ng, boleh menggunakan alat ganti buatan tempatan dan diselenggara jurutera tempatan, sekali gus mengukuhkan kapasiti Malaysia dalam sektor penyelenggaraan, baik pulih dan baik daya (MRO).

Bryan Ng Yih Miin
Bryan Ng Yih Miin

''Syarikat tempatan seperti CTRM, Spirit AeroSystems Malaysia dan UPECA Aerospace terlibat secara langsung dalam membekalkan komponen penting kepada Boeing untuk pasaran global.


''Ini secara tidak langsung menyokong ribuan pekerjaan berkemahiran tinggi dan meletakkan Malaysia sebagai antara pemain penting dalam rantaian bekalan industri aeroangkasa dunia,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelaburan berbilion ringgit oleh syarikat Boeing di negara ini khususnya terutamanya di Kedah dan Selangor melibatkan pembangunan kemudahan pembuatan komponen dan penyelenggaraan pesawat.


Dalam isu sama, Bryan Ng mengingatkan pihak pembangkang agar berhenti menangguk di air keruh serta mula membezakan antara pelaburan strategik dan pembaziran sebenar.


Katanya, pembelian pesawat Boeing itu dilakukan melalui proses korporat yang berstruktur, dengan justifikasi operasi yang kukuh dan pulangan jangka panjang kepada syarikat dan negara.


''Tetapi jika pembangkang diberi mandat mentadbir negara dengan sikap paranoia terhadap pelaburan asing dan retorik anti-Barat yang tidak berasas, Malaysia berisiko besar kehilangan pelabur strategik, merosakkan reputasi diplomatik dan meletakkan ekonomi dalam keadaan terumbang-ambing.


''Mereka yang memilih untuk melihat isu ini daripada sudut geopolitik sempit, ketakutan ideologikal dan ketidakfahaman terhadap ekonomi global jelas sekali tidak bersedia untuk menjadi kerajaan,'' ujar beliau lagi.


Untuk rekod, salah satu pelaburan terbesar Boeing adalah kilang Boeing Composites Malaysia yang terletak di Bukit Kayu Hitam, Kedah.


Sewajarnya pembangkang melihat isu pembelian pesawat sebagai timbal balik pedagangan dengan pertukaran pelaburan berbilion ringgit dari AS serta tidak menjadikannya sebagai isu politik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page