top of page

Kibaran bendera, konvoi motorsikal semarakkan Program Kemerdekaan Kudat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Timb Menteri Datuk Mustapha Sakmud (berbaju biru) memberi hadiah kepada kanak kanak cilik
Timb Menteri Datuk Mustapha Sakmud (berbaju biru) memberi hadiah kepada kanak kanak cilik

Dataran Tomborungus bertukar menjadi “stadium rakyat” apabila ratusan penduduk Kudat hadir memberi sokongan padu dalam Program Semarak Kemerdekaan Daerah Kudat 2025 yang dipenuhi pelbagai acara berwarna-warni dan penuh aksi.


Bermula dari pagi hingga petang, suasana meriah program itu dibuka dengan Konvoi Motor Kibar Jalur Gemilang melibatkan 100 penunggang yang mencuri perhatian penonton dengan deruman enjin dan kibaran bendera.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kudat, Stefly Said, program tersebut juga melibatkan kanak-kanak yang beraksi dalam Pertandingan Peragaan Busana dan Pertandingan Mewarna.


"Program seperti ini bukan sekadar meraikan Hari Kebangsaan, malah menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim dan menyemai nilai perpaduan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani," katanya yang juga Pengerusi Persatuan Sahabat Usahawan Sabah


Selain itu, pertandingan Karaoke Semarak Merdeka turut menjadi tumpuan, dengan peserta menampilkan vokal bertenaga di hadapan ratusan penyokong yang tidak jemu memberikan tepukan gemuruh.


Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud yang merasmikan program, mengangkat semangat kemerdekaan sebagai “bukan sekadar slogan”, malah beliau menyeru rakyat untuk terus aktif menyertai program masyarakat demi mengekalkan keharmonian.


Dengan tema 'Malaysia Madani: Perpaduan Teras Kemerdekaan', program ini membuktikan sambutan Hari Kebangsaan di Kudat bukan hanya acara tahunan, tetapi juga “kejohanan perpaduan” yang menggabungkan semua lapisan umur di bawah satu kibaran Jalur Gemilang.


Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Ben @ Mohd Hidayat Salim; Pejabat Pendidikan Daerah Kudat; Tuan Jamal, CDO wakil DO Pejabat Daerah; serta wakil-wakil NGO termasuk Persatuan Sahabat Wanita Kudat Sabah (PSWKS) dan Persatuan Pekida.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page