top of page

Kibar Jalur Gemilang, pamer semangat kesetiaan pada negara - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 22, 2024
  • 1 min read


Seluruh rakyat Malaysia termasuk sektor awam dan swasta diseru agar bersama-sama mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan bagi mempamerkan semangat kesetiaan pada negara.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar berkata, meraikan Hari Kemerdekaan bukanlah isu kaum, parti, kedudukan atau pekerjaan sebaliknya soal jati diri, maruah dan harga diri sebagai warganegara.


"Saya minta kibarkan Jalur Gemilang, boleh? Kita kena pastikan, dan kalau orang yang enggan, kirim salam kepada mereka. Ini bukan isu kaum, bukan isu parti, bukan isu kedudukan, atau pekerjaan. Ini soal jati diri, soal maruah, soal harga diri.


"Ini satu negara bila merdeka kibaran bendera meluas di seluruh negara, dipasang di setiap gerai warung dan rumah dan pondok, setiap sekolah, masjid, kuil, gereja dan setiap jabatan.


"Jadi pastikan kita jadikan tahun ini sebagai tahun yang mempamerkan kemegahan rakyat dan negara kita," katanya dipetik ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya pada Ahad.


Turut hadir Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Mengulas lanjut, Anwar berkata, selari dengan tema tahun ini iaitu Malaysia Madani – Jiwa Merdeka, kibaran Jalur Gemilang boleh dilihat sebagai cerminan kemegahan setiap rakyat Malaysia dengan negara ini.


Beliau mengajak rakyat mengimbau kembali sejarah perjuangan tokoh dan rakyat terdahulu yang bersatu hati dan sanggup mengorbankan apa sahaja yang dimiliki demi meraih kemerdekaan negara.


Bagi tujuan itu, Anwar berkata, rakyat perlu sentiasa memupuk perpaduan dan mengekalkan kekuatan yang menjadi tonggak utama kesejahteraan di Malaysia.


"Sebab itu ditekankan dalam tema Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, kalau jiwa dan semangat tidak digilap, ia akan pudar dan yang menjamin hebat jati diri Malaysia adalah jiwa kita," tambahnya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page