top of page

Kibar bendera Israel: PM tegas mahu polis ambil tindakan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 14
  • 2 min read

ree

Perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak polis mengambil tindakan ke atas penganjur acara solidariti Palestin di Kelantan yang pada 10 Oktober lalu yang membenarkan gimik sebuah bot mengibarkan bendera Israel dalam melakonkan peristiwa penahanan sukarelawan flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin.


PM berkata, walau apa pun tujuan, pengibaran bendera Israel atau menampal tulisan hebrew Yahudi di kereta tidak boleh dibenarkan kerana ianya bertentangan dengan dasar negara.


"Bersabit dengan berlaku beberapa kes, sama ada tulisan hebrew yang menyingung perasaan rakyat dan bertentangan dengan dasar negara, yang merentas parti.


"Jadi dasar negara termasuk bendera, walau apa matlamatnya, itu adalah salah dan saya setuju supaya polis mengambil tindakan sewajarnya," Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Paya Besar yang bertanya berkenaan acara yang diadakan di Kelantan pada Jumaat lau.


Katanya, mengibarkan bendera Israel sama sebagaimana rakyat negara ini mengibarkan bendera United Kingdom pada waktu penjajahan lalu yang dianggap sebagai tindakan pengkhianatan kepada tanah air.


"Seperti mana masa kita dijajah, orang yang angkat (bendera) Union Jack itu kita anggap pengkhianatan. Sama juga soal bendera, walau pun alasan diberikan saya setuju supaya tindakan diambil supaya menjadi pengajaran supaya jangan berlaku (lagi di masa hadapan)," katanya.


Untuk rekod, program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza itu dianjurkan bersama oleh Komuniti Floating Market Sri Tanjung dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menarik lebih 10,000 penyertaan, termasuk pemilik bot dan orang awam.


Namun, beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa bot mengibarkan bendera Israel.


Penganjur kemudian menjelaskan ia merupakan sebahagian daripada gimik bagi menggambarkan ancaman yang dihadapi sukarelawan Global Sumud Flotilla daripada pihak berkuasa Israel pada 2 Okt, dan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.


Ketua Polis Kelantan Mohd Yusuff Mamat sebelum ini berkata perkara itu akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan polis akan merakam keterangan penganjur dalam masa terdekat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page