top of page

Khilaf pasang Jalur Gemilang tidak wajar jadi bahan provokasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 24
  • 1 min read

ree

Pemasangan Jalur Gemilang terutama di bulan kemerdekaan merupakan antara cara menzahirkan semangat patriotisme yang perlu terus disemat dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.


Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, tidak wajar insiden pemasangan bendera Malaysia terbalik yang terbukti berlaku tanpa sengaja diperbesar-besarkan kerana akhirnya akan menyebabkan orang ramai akhirnya memilih untuk tidak mengibarkannya.


"Dalam proses siasatan, kita akan tentukan sama ada kesilapan itu disengajakan dengan niat untuk mempersenda ataupun dengan niat yang jelas tidak menunjukkan sifat patriotisme, niat untuk wujudkan satu suasana yang timbul keresahan dalam kalangan masyarakat.


"Jika ada pihak sengaja berbuat demikian, polis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Tapi jika hasil siasatan mendapati ia tidak disengajakan atau khilaf, tentulah kita tidak mahu perkara itu diperbesar," katanya dipetik.


Saifuddin sebelumnya ditemui pemberita pada Program Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri di Bandar Baharu, Kedah pada Sabtu.


Media melaporkan insiden Jalur Gemilang dikesan dipasang secara terbalik di sebuah premis di Kepala Batas, Pulau Pinang. Walaupun perkara itu sedang dalam siasatan pihak berkuasa, namun ada pihak terus memperbesar isu tersebut dengan menganjurkan himpunan di depan premis berkenaan.


Tindakan kumpulan itu dianggap sebagai provokasi dan melanggar larangan pihak berkuasa yang tidak membenarkan himpunan itu diadakan kerana berpotensi menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page