top of page

'Khemah Besar' PH pulihkan kembali sistem demokrasi berparlimen



Pakatan Harapan (PH) menawarkan bentuk kerjasama baharu politik kepada mana-mana parti untuk membentuk 'Khemah Besar' bagi menaungi usaha memulihkan sistem demokrasi berparlimen.


Menurut kenyataan Majlis Presiden PH, khemah besar itu kelak akan menerima semua pihak tanpa mengira fahaman politik bergabung dengan satu iltizam; membaikpulih negara dan menamatkan penggantungan Parlimen


"Pemukiman PH di Port Dickson yang baru sahaja selesai telah memberi semangat baru kepada pucuk pimpinan untuk bangkit semula dengan semangat perpaduan dan iltizam bagi meneruskan usaha Reformasi negara.


"Kami akan terus gigih berusaha menjuarai aspirasi rakyat dengan mengambil pendekatan “Khemah Besar” untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira pegangan politik. Ini penting bagi memulihkan kembali sistem demokrasi berparlimen dengan menamatkan penggantungan Parlimen," kata Majlis Presiden PH.


Menurut mereka lagi dalam tempoh terdekat, PH akan mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tandatangan Ahli-ahli Parlimen yang menyokong pembukaan semula Parlimen dan PH juga sedia berunding dengan mana-mana pihak yang sanggup memperjuangkan agenda Reformasi.


"Untuk tujuan ini, satu memorandum yang ditandatangani oleh semua Ahli Parlimen yang menyokong pembukaan semula Parlimen akan dipersembah kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, senafas menjunjung titah nasihat Duli Tuanku bahawasanya Darurat tidak menghalang Parlimen untuk bersidang.


"Kami menegaskan kesediaan untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan prinsip dan agenda Reformasi demi kepentingan rakyat, tanpa melibatkan kleptokrat," kata kenyataan itu lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohmad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page