top of page

Khalid Samad rayu PM bantu hentikan pengusiran penduduk

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 26, 2022
  • 1 min read


Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang sering membela isu pengusiran paksa penduduk Kampung Sungai Baru, Kampung Bharu sejak beberapa bulan lalu merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengambil serius isu disuarakan penduduk.


Beliau minta campur tangan dari kerajaan Malaysia supaya arahan pemindahan itu dapat ditangguhkan atau dibatalkan supaya kajian semula boleh dilakukan.


"Saya bagi pihak penduduk Kampung Sungai Baru merayu kepada Perdana Menteri untuk batalkan atau tangguh dulu dan buat satu perjumpaan dengan pemilik-pemilik sendiri.


"Kita tahu pembangunan di sini akan hasilkan keuntungan besar, tapi penilaian oleh Jabatan Hartanah itu terlalu rendah sedangkan penilaian oleh syarikat swasta lebih tinggi.


"Arahan untuk mengosongkan kawasan ini bukan daripada mahkamah, ia dari jabatan kerajaan. Tak ada masalah kalau Perdana Menteri tangguhkan atau batalkan," rayunya.


Meskipun sebahagian penduduk telah menerima pampasan namun majoriti tidak bersetuju dengan nilai pampasan. Mereka mahukan jumlah mengikut nilai semasa iaitu sebanyak RM1,500 bagi satu kaki persegi mengikut keluasan rumah yang diambil.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page