top of page

Khalid Samad beralih ke Titiwangsa, percaturan berisiko tetapi berstrategi



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 bukan sahaja menyaksikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim beralih ke parlimen berisiko di Tambun, Perak tetapi juga Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad akan berpindah ke Titiwangsa.


Menurut Pengarah Pilihan Raya Amanah, Datuk Asmuni Awi, perpindahan ke kerusi Titiwangsa dari Shah Alam sebelumnya dilakukan bagi melebarkan kekuatan Amanah dalam membela penduduk di kawasan berkenaan yang dianaktirikan oleh Menteri BN - PN.


"Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Tambun memang mencabar dan berisiko. Tetapi pada masa yang sama, keputusan itu telah meletakkan HARAPAN untuk berjuang semaksimumnya untuk memastikan kemenangan rakyat diperoleh pada 19 November nanti.


"Selain Datuk Seri Anwar, keputusan Amanah mencalonkan Khalid Abd Samad di Parlimen Titiwangsa juga merupakan pengorbanan yang luar biasa. Meninggalkan Shah Alam bukan keputusan mudah. Parlimen ini telah dikuasainya selama tiga penggal dan pada PRU lalu, Khalid memperoleh majoriti 33,849 menunjukkan kepimpinannya diterima semua pihak.


"Titiwangsa bakal menjadi percaturan sengit kepada Khalid. Beliau akan mempertaruhkan rekod cemerlangnya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk memastikan Titiwangsa kekal sebagai Wilayah HARAPAN," katanya.


Dalam pada itu, Asmuni juga berkata banyak lagi percaturan akan dilakukan untuk memastikan sokongan maksimum kepada Pakatan Harapan dalam PRU 15.


"Banyak lagi percaturan berisiko tetapi berstrategi akan diambil oleh HARAPAN untuk memastikan pengundi seluruh negara turun mengundi pada 19 November dengan keyakinan dan doa untuk membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan baharu," katanya.


Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat membuat perubahan kerana PH akan menyediakan peluang pekerjaan bermutu dan terjamin kepada anak tempatan juga akan memulihkan imej negara melalui kestabilan politik yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page