top of page

Khairy lawat P Pinang: 3 cadangan utama tangani Covid yang makin parah



Pulau Pinang dilanda pendemik Covid 19 paling buruk dalam sejarah dan penduduk negeri itu mahu Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin yang akan melawat pulau mutiara esok menyelesaikan segera krisis kesihatan berkenaan.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, Pulau Pinang mencatat 145 kes per 100,000 populasi sejak dua hari yang lepas dan Khairy akan mengunjungi Covid war zone esok.


"Memandangkan Menteri Kesihatan diberikan kuasa besar di bawah undang-undang, mempunyai peruntukan berpuluh bilion ringgit dan dibantu oleh semua kakitangan Kementerian Kesihatan dari doktor pakar sehingga jururawat, Khairy merupakan "Covid Czar" yang mempunyai kuasa besar dan tanggungjawab berat.


"Dalam keadaan yang serius ini, saya ingin mengemukakan tiga cadangan besar untuk pertimbangan Menteri Kesihatan demi rakyat Pulau Pinang yang sedang sengsara," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Pengarah Strategi KEADILAN itu, kedatangan Khairy seharusnya menyelesaikan masalah dengan pendekatan berbeza daripada sebelum ini sehingga Kerajaan Negeri tidak berjaya mendapatkan bekalan vaksin sendiri sebagaimana Selangor.


Tambah Sim, Khairy kali ini perlu lebih berjiwa besar sesuai dengan semangat kerjasama bi-partisan kerajaan dan pembangkang di peringkat Persekutuan.


"Cadangan pertama, saya memohon supaya Khairy membawa 1 juta dos vaksin ke Pulau Pinang pada kadar yang segera. Mengikut data JKJAV, Pulau Pinang hanya mencatat 50.3% jumlah keseluruhan populasi lengkap 2 dos. Kadar vaksinasi terjejas sepanjang bulan Ogos kerana kekurang vaksin. Beberapa PPV ditutup.


"Saya dapati apabila Sultan sesetengah negeri bertitah, Menteri dengan segera mengerahkan stok vaksin ke negeri tersebut. Jangan salah faham, saya tidak membantah, kerana ini menunjukkan tahap keperihatinan Sultan dan Menteri terhadap negeri-negeri tersebut. Saya cuma berharap Menteri boleh berlaku adil kepada negeri Pulau Pinang dengan mengerahkan 1 juta dos dalam bulan September ini. Bantulah kami melengkapkan vaksinisasi kepada semua orang dewasa Pulau Pinang.


"Pulau Pinang juga memerlukan katil ICU dan katil Covid non-ICU yang lebih banyak. Buat masa ini, Pulau Pinang hanya mempunyai 70 katil ICU dan 830 katil bukan ICU untuk tujuan Covid. Data terkini CPRC menunjukkan Pulau Pinang telah mencatat 98.2% penggunaan katil ICU, dan katil Covid bukan ICU pada 106%.


"Saya ingin cadangkan penambahan 30 katil ICU dan 670 katil bukan ICU untuk tujuan Covid. Jika ini berlaku, maka Pulau Pinang akan ada 100 katil ICU dan 1500 katil bukan ICU untuk tujuan Covid.


"Kekurangan katil ICU dan bukan ICU telah menyebabkan ramai pesakit Covid terpaksa duduk di kerusi atau tidur terlantar di lantai hospital sementara menunggu kekosongan katil," katanya.


Oleh itu, Sim mencadangkan agar Menteri Kesihatan mengarahkan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan untuk menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi merekuisisi hospital swasta atau katil-katil mereka untuk kegunaan pihak kerajaan.


Katanya, Pulau Pinang mempunyai banyak hospital swasta. Namun buat masa sekarang, hanya 5% katil hospital swasta digunakan untuk pesakit Covid. Dalam keadaan peperangan Covid yang terdesak, kerajaan harus menggunakan kuasa yang diperuntukkan untuk merekuisisi hospital swasta atau katil-katil ICU dan bukan ICU dengan memberi pampasan yang munasabah.


Beliau turut menyertakan petikan Seksyen 26 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988:

Rekuisisi premis


26. (1) Bilamana Ketua Pengarah berpendapat adalah perlu bagi melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa merekuisisi sementara mana-mana premis selama apa-apa tempoh yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah.

"Cadangan ketiga yang ingin saya kemukakan adalah untuk menangani masalah kekurangan doktor, kakitangan perubatan dalam hospital kerajaan di Pulau Pinang


"Kita faham seluruh negara kekurangan doktor dan kakitangan perubatan. Bukan senang mengerahkan mereka ke Pulau Pinang dengan kadar segera. Pulau Pinang amat bertuah, kita mempunyai ramai doktor dan pegawai perubatan di sektor swasta.


"Saya mencadangkan kepada Menteri buat sementara selama beberapa bulan merekuisisi doktor-doktor swasta sama ada dari hospital swasta atau klinik swasta ke perkhidmatan kerajaan pada kadar segera. Mereka juga harus diberi pampasan yang munasabah," katanya.


Selain itu, Sim turut mencadangkan supaya pelajar-pelajar universiti tahun akhir dalam jurusan perubatan dikerah ke wad-wad biasa supaya doktor-doktor yang berpengalaman ditugaskan ke wad-wad Covid dan bilik kecemasan. Pelajar universiti tahun akhir sudah cukup pengetahuan untuk menangani wad-wad biasa.


"Desperate time calls for desperate measures. Saya berharap cadangan saya mendapat perhatian yang serius daripada pihak Menteri," akhiri beliau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page