Khai Loon yakin pertahan DUN Machang Bubuk
- Suara Keadilan

- Aug 5, 2023
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon yakin mempertahankan DUN berkenaan dan pengundi akan terus memberinya peluang berkhidmat di situ.
Katanya, hasil dua penggal menjadi ADUN di kawasan itu, ramai pengundi di Machang Bubuk memberi reaksi positif sepanjang tempoh beliau berkempen.
"Sepanjang saya berkempen di lapangan, pengundi di sini menyambut baik kehadiran dan kedatangan saya. Ia menunjukkan masyarakat di sini selesa dengan prestasi yang telah ditunjukkan sepanjang saya menjadi ADUN di sini," katanya kepada Suara Keadilan.
Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, Lee Khai Loon menang bergaya apabila berjaya menewaskan seterunya daripada Pas Md Jamil Abd Rahman dengan memperoleh majoriti 16,747 undian.
Kemenangan selama 10 tahun dilihat memberi peluang besar buat penyandang DUN itu mengekalkan kerusi di bawah PH bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Jelasnya, faktor kerjasama dan saling berkongsi pandangan di antara beliau dan Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam turut memainkan peranan penting buat kedua wakil rakyat itu memahami isi hati masyarakat setempat.
"Hasil kerjasama saya dan Steven Sim kami membuat satu projek “Duit Kita, Hak Kita” yang mana inisiatif tersebut diperuntukkan sebanyak RM 100,000.
"Usaha ini bagi memberi peluang kepada rakyat menentukan sendiri projek atau pembangunan apa yang hendak dibuat bergantung kepada undian penduduk sendiri.
"Ia bagi memastikan peranan rakyat bukan sahaja membuat aduan malahan juga mereka sendiri boleh terlibat secara langsung melalui undian dalam group discussion (perbincangan kumpulan)," katanya.
Tambah beliau, hasil inisiatif yang dilancarkan hampir 10 tahun itu terbukti berkesan apabila banyak projek telah berjaya dilaksanakan, antaranya penubuhan Badan Tempatan Tindakan bagi mengawal risiko banjir yang kerap berlaku di DUN itu.




Assalammualaikum wbh.
Selamat Hari Malaysia.
Salam Malaysia Madani.
P
Pemberitahun:
Tadi ada seorang wanita daripada Machang Bubok katanya Ibu tunggal anak 8 orang datang ke kawasan perumahan di Bayan Lepas Pulau Pinang naik motor Modenas Kriss yang sudah lama untuk tujuan Minta bantuan kewangan daripada pelbagai individu bertujuan untuk membaiki rumahnya yang dikatakan terbakar pada bulan Mac 2023 yang lalu masih banyak yang belum dibaiki.
Buat masa sekarang dia tinggal di rumah jiran berdekatan.
Disebabkan agak sukar sangat untuk dia mendapat bantuan kewangan yang agak banyak diperlukan untuk kos pembaikan yang mungkin memerlukan beribu-ribu ringgit dengan hanya mengharapkan individu untuk beri sumbangan adalah terhad tiada jaminan beliau akan dapat menghimpun bajet yang secukupnya.
Maka, adalah sangat diharapkan pihak-pihak komuniti di…