top of page

Kg Sg Baru: Urusan negara bukan macam klik ‘Cancel Order’ di TikTok

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 16
  • 1 min read

Keputusan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu berhubung Kg Sg Baru tidak boleh dibatalkan begitu sahaja
Keputusan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu berhubung Kg Sg Baru tidak boleh dibatalkan begitu sahaja

AMANAH menyelar kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa kerajaan sekarang boleh sewenang-wenangnya membatalkan keputusan kerajaan terdahulu, khususnya dalam isu pengambilan tanah penduduk Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.


Naib Presidennya Mahfuz Omar berkata, pandangan tersebut menunjukkan ceteknya kefahaman sesetengah pemimpin pembangkang terhadap prinsip pentadbiran dan undang-undang negara selepas Kerajaan PN pada 2021 membenarkan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk meneruskan projek perumahan di kawasan Kg Sg Baru.


"Negara ini bukan aplikasi e-dagang, bukan juga beg kuning TikTok yang boleh ‘cancel order’ bila rasa tak puas hati.


"Keputusan kerajaan melibatkan undang-undang, kontrak, hak rakyat serta tanggungjawab negara. Ia tidak boleh diperlakukan seolah-olah beli baju saiz salah, kemudian klik ‘batalkan’ semudah itu," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Mahfuz, sekiranya kerajaan bertindak membatalkan semua dasar dan keputusan pentadbiran terdahulu tanpa asas kukuh, negara akan hancur kerana dipandu dengan mentaliti “pasar malam”.


"Siapa yang rugi? Rakyat juga," tegas beliau.


Mahfuz turut mengingatkan bahawa tadbir urus negara menuntut kebijaksanaan, konsistensi dan kepatuhan kepada undang-undang, bukannya sekadar “try and error” seperti membeli barang secara dalam talian.


Beliau menegaskan, isu Kampung Sungai Baru perlu ditangani dengan cermat dan tidak boleh disamakan dengan urusan membeli-belah atas talian.


"Kesimpulannya, jangan samakan urusan negara dengan troli TikTok. Ini negara, bukan kedai borong," ujar Mahfuz lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page