top of page

Kg Setia Jaya: Jangan jadikan isu politik, cari penyelesaian masalah



Oleh: Helmi Mohd Foad

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa akan bertemu dengan pihak Ahli Lembaga Pengarah Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di Putrajaya hari ini bagi membincangkan mengenai penyelesaian membabitkan penduduk di Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur.


Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Bidin berkata beliau berharap semua pihak termasuk parti-parti politik tidak menjadikan perkara tersebut sebagai isu politik sebaliknya bersama-sama mencari penyelesaian terbaik untuk penduduk terlibat.


"Saya nasihat orang politik janganlah nak jadi hero tetapi tidak selesaikan masalah. Jangan jadi perkara ini sebagai isu politik. Sekarang kita usaha untuk selesaikan masalah, jangan cakap benda yang sudah lepas," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan hari ini.


Azman berkata usaha yang terbaik perlu dilakukan memandangkan sudah jelas tanah tersebut sudah menjadi milik pihak lain meskipun kawasan tersebut dikatakan dibuka sejak zaman Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak.


Namun jelasnya ketika zaman itu tiada sebarang hak milik diberikan kepada penduduk di kampung tersebut sehinggalah ia diberikan kepada pihak KTAR.


"Jangan ceritalah perkara itu berlaku zaman Dr Mahathir, perkara itu sudah lepas, tanah itu sudah ada pemilik...sekarang sebagai pemimpin kita kena cari jalan penyelesaian," katanya.


Kata beliau buat masa ini kerajaan akan berusaha dengan cara terbaik termasuk melakukan perundingan dengan pihak pemilik tanah dan pemaju.


Jelasnya pihak kerajaan akan cuba yang terbaik termasuk untuk memenuhi tuntutan penduduk untuk mendapatkan sebuah rumah untuk mereka tinggal.


"Sekarang tuntutan mereka adalah untuk mendapatkan sebuah rumah. Sebelum ini pihak pemaju telah menawarkan tiga ekar tanah dan wang pampasan sebanyak RM30,000 kepada penduduk.


"Sekarang tanah itu sudah ada, sekurang-kurang pihak pemaju telah menyediakan juga tapak untuk membina rumah bagi penduduk. Jadi sekarang kita berilah dahulu rumah itu siap, kalau rumah tidak siap bagaimana kita hendak buat keputusan," katanya.


Azman berkata tapak perumahan yang disediakan berhampiran kawasan kampung tersebut nanti boleh dibangunkan pangsapuri untuk dimiliki oleh penduduk kampung tersebut.


Pada masa ini jelasnya berdasarkan bancian, terdapat 512 penduduk yang terlibat dalam isu tersebut.


Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha supaya pihak pemaju dapat bertolak ansur dari segi notis pemindahan keluar yang ditetapkan selama 18 bulan.


"Tempoh itu tidak lojik, kita perlu berunding untuk tangguh sikit," katanya sambil berharap tempoh perlu diberikan sehingga rumah untuk penduduk dapat disiapkan sebelum mereka dapat berpindah.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page