top of page

Kg Setia Jaya: Dua keputusan besar kejayaan Kerajaan Perpaduan selesaikan isu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 28, 2023
  • 2 min read


Percubaan pembangkang PN memainkan isu perpindahan penduduk Kampung Setia Jaya, Wangsa Maju, yang tanahnya telah menjadi hak milik pusat pendidikan Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) berakhir hari ini apabila satu perbincangan telah diadakan di antara Menteri Wilayah Persekutuan dan TAR Education Foundation pagi tadi.


Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Ir Zahir Hassan, terdapat dua perkara besar yang diputuskan dalam pertemuan itu dan telah memberi kelegaan kepada semua penduduk di kampung berkenaan.


"Pihak TAR-UMT tadi ada (buat) dua keketapan besar yang beri kelegaan kepada penduduk di sini. Sungguh pun mahkamah telah buat keputusan untuk penduduk di sini keluar dalam (jangka masa) 18 bulan daripada tarikh keputusan itu, tetapi pihak TAR UMT telah secara jelas, mereka bersedia membenarkan penduduk tinggal di sini sehingga isu penempatan (semula) diselesaikan.


"Kedua pihak TAR UMT secara jelas dan terang bersedia untuk memperuntukan sebahagian daripada 174 ekar (tanah), sebahagiannya diberikan peluang kepada pembangunan (bina rumah) untuk penduduk asal yang sah di Kampung Setia Jaya


"Bagaimana kebajikan penduduk selanjutnya .... penduduk yang meneroka dari awal, kerajaan dan YB Menteri bertekad untuk membantu mereka diberi kebajikan sewajarnya," kata beliau dalam sidang media di surau Madinah, Kampung Setia Jaya, Wangsa Maju petang tadi.


Sehubungan itu, Zahir mengingatkan semua rakyat, terutama pembangkang agar tidak menjadikan isu berkenaan berbau perkauman atau pertentangan di antara Cina (TAR UMT) dan Melayu kerana hal sebenarnya adalah penempatan kepada penduduk yang hak milik tanahnya telah diberikan oleh kerajaan sebelum ini kepada TAR UMT sejak 30 tahun lalu.


"Saya ingin mengingatkan isu ini agar tidak dipolitikkan. Ini isu penempatan dan jangan kita politikkan. Yang penting kita buat perbincangan dengan pihak tertentu bagi mendapatkan penyelesaian. Isu ini telah 30 tahun dan masa hadapan lebih jelas untuk menyelesaikan masalah di sini.


"Dr Zaleha (Menteri Wilayah) walaupun pun baru beberapa minggu jadi Menteri, ini adalah (hasilnya) win win situasi," katanya.


Berkenaan sebahagian tanah yang akan dijadikan penempatan penduduk berkenaan, Zahir berkata, keluasan tertentu akan dikeluarkan daripada tanah milik TAR UMT tersebut untuk dijadikan kediaman penduduk yang diarah berpindah.


"TAR UMT akan keluarkan dari tanah mereka yang 174 ekar itu, dan tanah itu (akan) diperuntukkan untuk penempatan penduduk di sini, untuk pembangunan penduduk.


"Jadi mudah kerajaan ambil tanah itu dan menguruskannya untuk buat rumah kepada penduduk yang sah," katanya lagi.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page