top of page

KFC, Pizza Hut sertai kempen Menu Rahmah



Rangkaian restoran di bawah QSR Brands, KFC dan Pizza Hut menjadi penyedia makanan terbaharu menawarkan Menu Rahmah pada harga RM5.


Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika melancarkan menu itu di Restoran KFC dan Pizza Hut Wangsa Maju semalam berkata penyertaan kedua-dua syarikat terkemuka berkenaan telah menoktahkan sebarang keraguan tentang keberkesanan Menu Rahmah.


Inisiatif yang diperkenal sejak 31 Januari lalu itu, katanya terus mendapat sambutan daripada para pengusaha premis makanan dan syarikat-syarikat swasta.


"Ini membuktikan inisiatif ini sebenarnya dapat menakluk ataupun bertakhta di hati pemain-pemain industri yang merelakan sebahagian daripada keuntungan mereka dipulangkan kembali kepada rakyat," katanya.


Menu Rahmah mengenyangkan, boleh dibeli dengan RM5

KFC dan Pizza Hut menjadi syarikat yang ke-3,000 menyertai inisiatif tersebut.


Hidangan Menu Rahmah KFC meliputi seketul ayam, roti Butterscotch beserta air mineral, manakala hidangan bagi Pizza Hut adalah 'Personal Piza' beserta air mineral.


Menu berkenaan boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali di Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH KFC Meal) manakala Pizza Hut Hentian Rehat dan Rawat Pagoh dan Genting Highlands, bagi Menu RAHMAH Pizza Hut Meal.


Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan QSR Brands (M) Sdn Bhd, Nechal Khanna dipetik laporan media berkata pihaknya percaya bahawa pengenalan inisiatif Menu Rahmah itu adalah amat penting dan tepat pada masanya.


"Ia adalah program yang pragmatik dan boleh dilaksanakan, dan kami melihatnya sebagai langkah kritikal untuk membantu menyokong komuniti, dalam masa yang agak mencabar ini.


"Oleh itu, kami amat berbesar hati kerana dapat menjalankan bahagian kami untuk masyarakat melalui Menu Rahmah ini," jelasnya.


Sementara itu menurut Salahuddin, inisiatif Menu Rahmah berjaya menyumbang kepada pengurangan kadar inflasi harga makanan di luar rumah atau makan di kedai buat pertama kali sejak Ogos 2021.


Kadar inflasi makanan di luar rumah menurun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus sejak inisiatif yang dipelopori pengusaha makanan secara sukarela itu diperkenalkan.


Mengulas lanjut, Salahuddin berkata inisiatif itu juga didapati telah menjadi 'crowd puller' yang secara purata berupaya meningkatkan jualan syarikat yang menyertainya sebanyak 25 hingga 30 peratus.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page