top of page

Keyakinan rakyat meningkat, 7 dari 10 yakin Malaysia di landasan betul



Tahap keyakinan orang ramai terhadap kedudukan ekonomi negara kian meningkat apabila 72% rakyat Malaysia bersikap positif terhadap prestasi tersebut berbanding tempoh sama pada Oktober tahun lalu, demikian menurut dapatan sebuah firma penyelidikan pasaran.


Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (IPSOS) dalam laporannya semalam berkata peningkatan keyakinan itu adalah berdasarkan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi menstabilkan ekonomi dan menangani tekanan kos sara hidup.


"Semakin ramai rakyat optimis dan yakin terhadap hala tuju Malaysia ketika ini dengan tujuh daripada 10 orang percaya bahawa negara berada di landasan yang betul," kata kenyataan IPSOS mengenai laporan bertajuk "Apa Yang Merisaukan Rakyat Malaysia?"


Kata kenyataan itu, sebanyak 71% kumpulan berusia lingkungan 16 hingga 74 tahun berpendapat negara kini menuju ke arah yang betul dan sentimen itu meningkat 19% berbanding tempoh sama pada Oktober tahun lalu.


Jelas laporan itu lagi, sentimen ekonomi Malaysia berkembang dengan ketara sebanyak 33% sejak setahun lalu.


"Sekarang, 72% rakyat Malaysia percaya bahawa keadaan ekonomi negara sekarang adalah baik," katanya.


Selain itu, tinjauan berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 12% dalam aspek Keyakinan Pengguna Malaysia bagi tempoh sama.



Menerusi graf Keyakinan Pengguna itu, meskipun terdapat beberapa penurunan pada Mac dan September tahun ini hingga 50%, indeks bagi Oktober meningkat kepada 58% sekali gus menyaksikan Malaysia mengatasi purata global yang kekal pada 49% bagi tempoh sama.


Tinjauan IPSOS turut memperlihatkan isu rasuah politik dan kewangan kekal menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia iaitu 47% diikuti masalah pengangguran (34) dan soal kemiskinan ketidaksamaan sosial (21) sepanjang tempoh setahun itu.


Ini menyaksikan sentimen ekonomi Malaysia semakin berkembang positif dengan ketara sebanyak 33 peratus sejak setahun lalu.


Kebimbangan rakyat Malaysia terhadap inflasi juga menurun hingga 25% pada Oktober iaitu penurunan 21 peratus berbanding setahun sebelumnya.


Namun begitu, satu-satunya kebimbangan yang semakin meningkat ialah mengenai jenayah dan keganasan yang diukur pada 29 peratus Oktober tahun ini, meningkat 14% berbanding tahun lalu.


Pengarah Urusan IPSOS Malaysia, Evelyn Tan berkata, di sebalik perkembangan positif ini, rakyat Malaysia kekal khuatir tentang isu rasuah di samping kerisauan mengenai jenayah dan kekerasan juga meningkat secara mendadak.


"Ketika rakyat Malaysia telah mendapat keyakinan terhadap masa depan ekonomi mereka, adalah penting untuk memastikan orang ramai bahawa masyarakat kita adalah bebas daripada rasuah dan jenayah untuk mengekalkan keyakinan jangka masa panjang terhadap hala tuju negara," katanya dalam kenyataan bersama Eksekutif Penyelidikan Ipsos Nur Sarah berhubung laporan itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page