top of page

Kewarganegaraan anak lahir luar negara akan dibentang di Parlimen



Isu kewarganegaraan anak dari ibu warganegara Malaysia bersama pasangan warga asing yang lahir di luar negara akan dibawa ke Dewan Rakyat.


Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu itu akan ditangani dengan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan.


Pada peringkat awal, katanya, kerajaan telah melantik jawatankuasa untuk memperhalusi perkara itu sebelum pindaan Perlembagaan dilakukan.


"Kerajaan telah bersetuju untuk tujuan meminda Perlembagaan Persekutuan bersabit kewarganegaraan ini dengan pertamanya menubuhkan jawatankuasa kabinet.


"Yang itu saya mempengerusikannya dan keahliannya termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Undang undang dan Reformasi Institusi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas tugas Khas dan Menteri Luar Negeri.


"Jemaah Menteri juga bersetuju terbentuknya jawatankuasa teknikal. Ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan ada keanggotaannya.


"Keputusan telah dibuat pada 17 Februari tahun ini. Serentak itu jawatankuasa ini telah pun mengadakan pelbagai perbincangan dalaman dan kita jangkakan mereka akan memerlukan 6 bulan.


"Bermaksud September tahun ini kita akan dapat membentangkannya (pindaan Perlembagaan)," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN - Ayer Hitam).


Menurut Saifuddin lagi, pembentangan mengenai pindaan itu akan melibatkan pembentangan Jawatakuasa Teknikal kepada Jawatankuasa Kabinet, kemudian kepada Jemaah Menteri sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja Raja kerana Perlembagaan mengkehendaki perkara yang membabitkan pindaan Perlembagaan mengenai warganegara perlukan persetujuan Raja Raja Melayu.


"KDN juga berhasrat pembentangan tajuk ini (kelak dibuka) kepada semua Ahli Parlimen. Kita akan adakah sesi engagement dengan semua pihak berkepentingan.


"Bukan sahaja kerajaan melaui Jawatankuasa Teknikal dan Kabinet tetapi juga pelbagai pihak yang berkepentingan.


"Saya optimis hal ini akan kita sempurnakan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page