top of page

Keutamaan mewujudkan kerajaan kukuh, berfungsi dengan baik



Keutamaan permuafakatan Kerajaan Perpaduan adalah untuk mewujudkan pemerintahan yang berfungsi dan kukuh selepas negara mengalami kemelut politik yang melelahkan sepanjang 2020 - 2022.


Hal itu diketengahkan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam ucapan di Konvensyen Kerajaan Perpaduan di WTC, Kuala Lumpur.


"Konvensyen hari ini kita buat selepas kerajaan berumur 6 bulan. Apa yang kita nak bawa balik selepas konvensyen ini? Pertama, kita nak bawa balik satu keyakinan Kerajaan Perpaduan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil serta kerajaan yang berfungsi dengan baik.


"Kedua, kerajaan mendukung kuat asas yang dipersepakati dalam Perlembagaan bersabit kedudukan Islam agama rasmi, agama lain bebas dianuti. Mengiktiraf peranan institusi raja raja, Perkara 153 dan bahasa Melayu.


"Ketiga asas perpaduan kita sangat jelas sebagai negara berbilang kaum, perpaduan antara Melayu dan bukan Melayu, muslim dan bukan muslim. Asas perpaduan memelihara kepentingan bersama," katanya.


Tambahnya, mengaja kepentingan bersama menjadi asas perpaduan yang mengikat kesemua pihak dalam gabungan.


Namun selepas kestabilan dicapai, kata Setiausaha Agung KEADILAN itu maka tugas kerajaan adalah untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan dinikmati rakyat.


"Ukuran sesebuah kerajaan ialah setelah mencapai perpaduan, hormat menghormati, tugas utamanya ialah memastikan keadilan dirasai oleh segenap lapisan rakyat.


"Itulah tekad dan azam Kerajaan Perpaduan yang memimpin kita," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page