top of page

Ketua Wanita KEADILAN tinjau tapak himpunan ‘Kepung Demi Palestin’

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 29, 2023
  • 1 min read


Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek (gambar, kiri) tengah hari tadi meninjau tapak baharu khemah NGO ‘Kepung Demi Palestin’ berhampiran kompleks Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.


Tapak baharu itu diberikan setelah campurtangan Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa serta kemurahan hati pihak pengurusan Kumpulan MAPS Parking System yang membenarkan parkir kenderaan milik mereka digunakan.


Sebelum ini pihak polis tidak membenarkan khemah dipasang di atas bahu Jalan Tun Razak sekitar Kedutaan AS atas faktor keselamatan.


Manakala penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada kelmarin telah membuka khemah yang dipasang para peserta.


Dengan wujudnya tapak baharu acara piket ‘Kepung Demi Palestin’ malam ini yang dijadualkan diteruskan diharap akan berlangsung secara lebih teratur.


Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan dijangka akan hadir pada piket malam ini.


Acara malam ini dijadualkan berbentuk puisi dan muzik membela perjuangan rakyat Palestin yang diganasi tentera Israel dan bermula pada jam 8.00 malam.


Penganjuran piket di bawah Sekretariat Solidariti Palestin dilakukan bagi membantah tindakan AS secara berulang kali menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB untuk mensabotaj gencatan senjata di Gaza.


Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page