Ketua Wanita KEADILAN Negeri Selangor, Rodziah Ismail semalam mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan, Rohaidah Mamat, bakul-bakul makanan tersebut telah disampaikan pihaknya kepada Ketua-Ketua atau Wakil Wanita Cabang dan Srikandi untuk diedarkan kepada anggota di tempat masing-masing.
"Kami sangat berbesar hati dan bersyukur. Semoga ukhwah ini akan terus mekar dan dapat digiatkan lagi di masa akan datang.
Turut diundang adalah Tuan Zahir Hassan, Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan.
"Jutaan terima kasih kepada YB Rodziah atas keprihatinan dan sumbangan, juga buat semua Pimpinan Wanita Negeri dan Cabang yang telah hadir," katanya.
Sementara itu, Rodziah dalam catatan di Facebook beliau berkata serahan sumbangan 70 bakul makanan asas kepada Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan itu sebagai tanggungjawab sosial Wanita KEADILAN Selangor.
"Selaku negeri jiran, saya terpanggil untuk berkongsi rezeki dan berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban penerima yang terkesan," katanya.
Comments