Ketua SPRM tidak kelihatan bersih, PM boleh cadang pemecatan Azam Baki



Kontroversi pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tidak akan selesai dengan mudah, malah bakal menjadi beban kepada pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, daripada PM Ismail terbeban dengan isu Azam sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 adalah lebih baik beliau mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Ketua Pesuruhjaya itu


"Ketua SPRM sebaiknya mesti kelihatan bersih dan wajib bersih. Dia sendiri mengakui itu akaun (beli saham, milik) dia. Dia seharusnya bertanggungjawab, kalau dia seorang yang bertanggungjawab maka dia harus letak jawatan.


"Jangan berpaut pada jawatan sedangkan kamu telah terpalit.


"Kalau dia tidak mahu lakukan mengapa PM tidak mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memecat beliau kerana Azam sudah 'kelihatan kotor'.


"Carilah orang yang benar benar bersih mengetuai SPRM. Pada saya Azam sepatutnya dibiarkan menghadapi mahkamah. Sama ada salah atau tidak biar dia menjawab. Bukan dijawab oleh Suruhanjaya Sekuriti, oleh menteri dan sebagainya," katanya.


Bagi Ketua Cabang Hulu Rajang itu, Azam yang sejak awal telah pun mengakui mempunyai akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat (CDS) untuk membeli saham, cuma pembelian dilakukan oleh adiknya, Nasir Baki.


Tambah Abun, hal tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana akaun bank biasa pun tidak dibenarkan orang lain akses dikhuatiri akan berlaku penyalahgunaan, apatah lagi akaun pembelian saham yang melibatkan pegawai tinggi perkhidmatan awam.


"Ini sesuatu yang sangat tidak bagus apabila ketua SPRM mengaku itu akaun dia dan duit itu ada dalam akaun dia. Ini akan menjadi contoh dan tauladan yang tidak baik serta sangat bahaya untuk negara.


"Kalau dalam sistem bank akaun adalah kendalian pemilik itu sendiri. Bank bahkan kata jangan serahkan kad anda, kata laluan anda kepada sesiapa. Itu dari segi undang undangnya. Kuasa penuh ke atas akaun sendiri, pada penama itu sendiri.


"Jadi bagaimana Azam boleh dilepaskan, tidak dituduh di mahkamah, ini tidak baik untuk negara. Kalau ini dibenarkan bagaimana nanti akan jadi ikutan?" tanyanya.


Oleh itu, Abun Sui mengesa PM Ismail Sabri bertindak tegas merehatkan Azam Baki sebelum skandal itu akan 'melekat' kepada pentadbirannya sebagaimana 1MDB yang sinonim dengan bekas PM Najib Razak




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER