top of page

'Ketua Penerangan Pas bohong tidak tentang sekolah vernakular' - AMK



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menolak kenyataan terbaharu Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari kononnya parti itu tidak menentang sekolah vernakular dalam sistem pendidikan Malaysia.


Menurut Naib Ketua AMK Malaysia, Prasanth Kumar Brakasam, kenyataan tersebut jauh berbeza dengan realiti yang sedia diketahui umum.


Katanya, sejak 2019 banyak pemimpin Pas telah mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan pendidikan vernakular seperti Naib Ketua Dewan Muslimat Pas ketika itu, Salamiah Md Nor; Pesuruhjaya Pas Negeri Pahang, Rosli Abdul Jabar dan lidah rasmi Pas, Harakah juga pernah menyiarkan ucapan Pengarah Ameerah Negeri Melaka, Hazirah Isa dengan tajuk “Mansuhkan pelaksanaan sistem sekolah vernakular” (12 September 2020).


Malah katanya, dalam Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019 Fadhli sendiri hadir dalam majlis yang antaranya mengetengahkan tuntutan sistem pendidikan tunggal di Malaysia.

Prasanth Kumar Brakasam

"Secara jelas, para pemimpin tertinggi Pas, termasuk Presiden Pas, Timbalan Presiden dan Sdr Ahmad Fadhli sendiri hadir dalam Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019 dan melafazkan “Sumpah Anak Watan” secara beramai-ramai yang salah satu sumpahnya adalah “untuk menjulang sistem pendidikan tunggal”, selari dengan resolusi Kluster Pendidikan yang dibentangkan oleh wakil daripada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Nurul Fatin Aqilah Rahim, yang menuntut sekolah vernakular dimansuhkan.


"Bukankah kenyataan Ahmad Fadhli bahawa bagi Pas sekolah vernakular tidak ada isu dan Pas tak pernah menentang sekolah vernakular mengelirukan dan bercanggah dengan beberapa contoh yang saya berikan ini?" soalnya.


Menurut Prasanth lagi, kenyataan Ahmad Fadhli tidak lebih daripada cubaan meraih undi masyarakat bukan Islam dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu 11 Mei ini selepas PN dalam kempennya memainkan isu pendidikan sekolah vernakular.


Oleh itu, beliau menegaskan bahawa perjuangan Pas amat tidak konsisten dan tidak mempunyai prinsip sebagaimana KEADILAN dan DAP yang tetap mempertahankan sekolah vernakular, sama ada ketika bersama Pas dalam Pakatan Rakyat, mahu pun hari ini dalam Pakatan Harapan.


"Dengan nada yang tegas, saya menggesa pengundi bukan Melayu di Kuala Kubu Baharu mesti berhati-hati dengan janji-janji manis para pemimpin Pas dan PN yang kononnya mahu menjaga kepentingan bukan Melayu semata-mata untuk mendapatkan undi mereka dalam pilihan raya kecil ini," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page