top of page

Ketua pemuda Bersatu tandus idea, tidak faham keutamaan lawatan



Tindakan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang cuba memberi gambaran kepada rakyat kononnya lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi sebagai gagal merupakan tindakan terdesak untuk mencalar reputasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Razeef Rakimin dalam satu kenyataan media berkata, tuduhan dibuat Ahmad Fayshal itu hanya kerana tiada perjumpaan antara Perdana Menteri dan Raja Arab Saudi adalah remeh serta dangkal.


Ahmad Fayshal tegasnya tidak boleh menafikan bahawa kerajaan Saudi sendiri membuat permintaan agar Perdana Menteri melanjutkan tempoh lawatan supaya perjumpaan itu dapat dilangsungkan.


Memandangkan berlaku perubahan ke atas jadual keluarga diraja sepanjang Ramadan PM diminta menambah kunjungan kepada dua hari lagi.


"Namun Perdana Menteri terpaksa menolak kerana perlu menghadiri majlis berbuka puasa dengan Yang di-Pertuan Agong pada 25 Mac, kemudian lawatan sehari ke Kemboja selain ke Beijing untuk menemui dua pemimpin China, Xi Jinping dan Li Qiang pada 29 Mac," tegas Razeef.


Beliau turut membidas percubaan Ahli Parlimen Machang itu yang cuba membandingkan lawatan Anwar dengan bekas PM Mahiaddin Yassin yang kononnya lebih berjaya.


"Adakah pada lawatan Mahiaddin ke Saudi beliau berjaya bertemu empat mata dengan Raja Salman? Seingat saya pertemuan hanya melalui atas talian.


"Ahmad Fayhsal menceritakan kejayaan Mahiaddin menambah kuota haji sebanyak 10,000. Namun adakah beliau lupa sehari selepas itu Menteri Umrah dan Haji Saudi dipecat oleh Raja Salman sehingga timbul spekulasi ia berpunca daripada isu penambahan kuota haji Malaysia yang tidak direstui Raja Salman?" soalnya.


Melalui kenyataan sama, Razeef turut mempersoalkan sejauh manakah kejayaan lawatan Mahiaddin ke Saudi pada Mac 2021 lalu.


"Dalam lawatan ke Saudi, Perdana Menteri Anwar mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan badan Liga Muslim Dunia di Mekah.


"Beliau juga menyaksikan pemeteraian MoU perniagaan dan industri, melawat pelajar Malaysia, pertemuan dengan pihak Islamic Developtment Bank (IsDB) dan komuniti perniagaan di Saudi.


"Kita tidak melihat sebarang MoU ditandatangani serta Mahiaddin gagal membawa pelaburan," tambah Razeef.


Beliau turut membidas tindakan Ahmad Fayhsal mengaitkan lawatan rasmi itu dengan isu lawatan masuk ke dalam Kaabah.


"Adalah amat cetek pemikiran seorang Ahli Parlimen meletakkan lawatan seorang Perdana Menteri hanya dikira berjaya jika dapat melawat ke dalam Kaabah.


"Jelas satu kerugian buat rakyat Machang kerana mengangkat seorang pemimpin yang mempunyai pemikiran amat cetek," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page