top of page

Ketua Pembangkang tidak faham pertumbuhan ekonomi?



Konsep pertumbuhan ekonomi tidak difahami dengan baik oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.


Dalam pertanyaan sesi pagi, Ahli Parlimen Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN - Larut) menyuruh Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli (PH - Pandan) membetulkan kenyataan beliau mengenai pertumbuhan ekonomi suku pertama hingga keempat 2022 yang dibayangkan merosot.


Sebelum itu, Rafizi menjawab soalan Hamzah berkenaan peranan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).


"Kerajaan telah besetuju untuk menubuhkan MTEN yang akan menjadi peneraju dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan ke atas ekonomi negara secara menyeluruh dalam strategi ekonomi negara, terutamanya dalam mendepani cabaran ekonomi muktahir


"MTEN akan memastikan pelaksanaan dasar ekonomi akan menjamin pembangunan inklusif


"Walaupun pertumbuhan ekonomi tahunan 2022 sebanyak 8.7% bebanding 2021 tetapi hakikatnya pertumbuahn setiap suku sepanjang 2022 menunjukkan penurunan. Suku pertama ekonomi tumbuh 3.8% kemudian turun kepada 3.5%. Suku ketiga jatuh 1.9% dan suku keempat sebenarnya menguncup sebanyak -2.4%


Tambahan pula pertumbuhan ekonomi dunia pada 2023 diunjurkan lebih perlahan dan dijangka memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya.


Bagaimanapun Hamzah dalam soalan tambahan berkata angka yang dikemukakan Rafizi tidak tepat kerana pertumbuhan ekonomi tahun lalu sebanyak 8.7% sedangkan Rafizi pula menyatakan angkanya di bawah 4%.


Rafizi dalam jawapan balas menyatakan angka 8.7% tersebut diperolehi secara bandingan kerana pertumbuhan yang amat kecil pada 2021 berbanding 2022. Namun prestasi sebenar pertumbuhan adalah angka berdasarkan suku tahunan.


"Saya bersyukur kerana seluruh negara dan dunia dapat tunjukkan bahawa Ketua Pembangkang tidak faham konsep pertumbuhan ekonomi.


"Pertumbuhan 8.7% itu adalah pertumbuhan tahunan, membandingkan saiz ekonomi kita dalam 2022 dan 2021.


"Oleh kerana 2021 itu kita sedang mengalami lockdown maka ekonomi ditutup, maka sudah tentu ekonomi dan pertumbuhannya jauh lebih rendah. Bila dibanding dengan 2022, dibanding asas yang rendah jadi nampak lebih tinggi 8.7%.


"Dalam perancangan ekonomi kita juga kena lihat bagaiamna ekonomi tumbuh dari satu suku ke suku seterusnya. Yang saya sebutkan tadi adalah kadar pertumbuhan dari satu suku ke suku seterusnya dalam tahun 2022, kerana itu penting untuk kita tahu adakah ekonomi kita semakin menurun atau menaik


"Itu angka rasmi yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dan Jabatan Statistik yang diterima pakai oleh dunia, bukan saya yang perlu perbetulkan data, Ketua Pembangkang kena balik perbetulkan pemahaman mengenai pertumbuhan ekonomi," katanya.


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page