Ketua Menteri caretaker Melaka: Blok majoriti sepatutnya diberi peluang



Penamaan Datuk Seri Utama Sulaiman Ali sebagai Ketua Menteri Kerajaan ‘caretaker’ Melaka oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka kelmarin tidak sewajarnya berlaku.


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendapat, oleh kerana Perlembagaan Negeri Melaka tidak memperuntukkan fungsi dan peranan sebuah Kerajaan ‘caretaker’ maka sistem demokrasi negara-negara Komanwel harus dirujuk, dan membolehkan mana-mana pihak yang ada majoriti dilantik sebagai kerajaan sementara.


"Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka mengakui Perlembagaan Negeri Melaka tidak memperuntukkan fungsi dan peranan sebuah Kerajaan ‘caretaker’ dan seterusnya merujuk konvensyen sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel.


"Penting ditegaskan PH menolak pembubaran DUN sebagai tidak berperlembagaan taktala negeri Melaka masih menghadapi wabak Covid-19 dan adanya gabungan parti yang mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN.


"Oleh yang demikian PH menolak penamaan Datuk Seri Sulaiman selaku Ketua Menteri ‘caretaker’ Melaka kerana beliau jelas hilang sokongan majoriti ADUN Melaka sebelum DUN Melaka dibubarkan, dan tidak lagi mampu mengetuai Kerajaan Negeri


"Perbincangan sepatutnya diadakan terlebih dahulu di antara Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, blok majoriti yang diketuai Adly Zahari bersama blok Datuk Seri Idris Haron, dan blok minoriti yang diketuai Datuk Seri Sulaiman sebelum menamakan sesiapa untuk memegang jawatan tersebut.


"Malah seperti yang berlaku di Perak pada 2009, mahupun Melaka itu sendiri pada 2020, seharusnya blok majoriti diberi peluang mengetuai pentadbiran negeri," kata Majlis Presiden PH.


Menurut kenyataan itu lagi, Majlis Presiden PH tegas menolak Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan sewaktu pandemik Covid 19 belum reda sepenuhnya.


Penganjuran PRN, kata mereka, dikhuatiri akan menjadikan Melaka punca kluster baharu Covid 19 di kemudian hari apabila aktiviti berkempen dan membuang undi dibenarkan.


"PH mengulangi pendirian PRN tidak patut diadakan pada waktu ini demi mengelak berlakunya gelombang keempat penularan wabak Covid-19.


"Darurat juga tidak sesuai memandangkan ia akan menimbulkan kegusaran di kalangan pelabur pada ketika usaha menghidupkan semula ekonomi negara sedang diperhebat.


"Oleh itu, perbincangan perlu diadakan agar semua pihak memastikan Perlembagaan Negeri Melaka ditegakkan dan dihormati dengan mewajibkan mana-mana kerajaan termasuk Kerajaan 'caretaker' diwakili oleh golongan majoriti ADUN-ADUN," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk, Seri Wilfred Madius Tangau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER