top of page

Ketua ketua Cabang KEADILAN Melaka mahu Nurul Izzah tanding timbalan presiden

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 34 minutes ago
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Ketua-Ketua Cabang Negeri Melaka hari ini menzahirkan sokongan terbuka dan keyakinan penuh kepada Nurul Izzah Anwar sebagai calon Timbalan Presiden KEADILAN bagi sesi 2025–2028.


Dalam kenyataan bersama, mereka menyifatkan Nurul Izzah bukan nama asing dalam gerakan reformasi dan perjuangan KEADILAN.


"Sejak awal, beliau telah menunjukkan keteguhan prinsip, keberanian bersuara, serta komitmen tanpa lelah dalam memperjuangkan agenda keadilan sosial, hak asasi manusia dan reformasi institusi.


"Pengalaman beliau sebagai mantan Naib Presiden parti, Ahli Parlimen dua penggal, dan aktivis masyarakat sehingga baru-baru ini disenaraikan antara 30 individu berpengaruh dalam 'Project Syndicate Forward Thinkers List', tentunya memberikan kekuatan dan kredibiliti untuk memainkan peranan lebih besar dalam kepimpinan parti," kata mereka dalam kenyataan hari ini.


Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Ketua Cabang KEADILAN Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Mohd Khuzaire Mohd Kamal Kannan; Ketua Cabang KEADILAN Tangga Batu, Azlan Osman, Ketua Cabang KEADILAN Jasin, R Jagatheason dan Ketua Cabang KEADILAN Kota Melaka, Md Yusoff Ahmad.


Ujar mereka lagi, pencalonan mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bukan soal personaliti semata-mata atau pertimbangan warisan, tetapi tentang masa depan KEADILAN sebagai sebuah parti politik progresif yang kekal diyakini rakyat.


Dalam dunia politik yang dinamik katanya, pemimpin yang menjadi jambatan antara generasi pengasas dan generasi baharu sememangnya diperlukan selain pemimpin yang membawa nilai kesederhanaan, berprinsip, progresif dan berwawasan.


"Kami yakin Nurul Izzah mempunyai segala ciri kepimpinan tersebut. Beliau mampu menyuntik nafas baharu dalam KEADILAN, memperkukuh sinergi bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, dan terus membawa obor perjuangan ke arah sebuah negara yang lebih adil, stabil dan inklusif.


"Dengan ini, kami berdiri teguh menyokong pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat bagi sesi 2025–2028.


"Semoga pencalonan ini mendapat sokongan padu daripada seluruh anggota KEADILAN dan menjadi titik tolak kepada kebangkitan baharu parti dalam mendepani cabaran semasa serta masa depan negara," kata kenyataan itu lagi.


Untuk rekod, KEADILAN membuka pencalonan untuk menyertai pemilihan parti bagi jawatan Timbalan, Naib Presiden dan ahli Majlis Pimpinan Pusat sehingga 9 Mei ini.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page