top of page

Ketua ketua Cabang KEADILAN Johor kecam keras Fadhli Shaari

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read

Ketua ketua Cabang KEADILAN Johor buat laporan polis terhadap Fadhli Shaari
Ketua ketua Cabang KEADILAN Johor buat laporan polis terhadap Fadhli Shaari

Oleh: Akmal Manaf


Ketua-Ketua Cabang KEADILAN Johor mengecam keras tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memuat naik satu karikatur kontroversi yang disifatkan sebagai perbuatan biadab dan tidak mencerminkan sikap matang dalam berpolitik.


Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, tindakan Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat bukan sahaja memburukkan imej negara di peringkat antarabangsa, malah merupakan satu penghinaan terhadap institusi tertinggi negara dan berpotensi menjejaskan hubungan diplomatik dengan negara jiran.


''Dalam hantaran itu, Ahmad Fadhli terang-terangan menggunakan perumpamaan yang tidak wajar dan bersifat memperlekeh dengan menyamakan PM Anwar dan pemimpin-pemimpin negara sahabat sebagai makhluk yang dikaitkan dengan sindiran dan ejekan.


''Ia seolah-olah menggambarkan pemimpin negara kita dan serantau sebagai subjek kebodohan dan persaingan tidak bermaruah.


''Susulan hal itu, kami mahu agar siasatan segera dijalankan di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan, termasuk Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan gangguan awam serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


''Kami menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk kenyataan berbaur penghinaan, provokasi dan fitnah, lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada seorang Ahli Parlimen,'' kata mereka.


Justeru mereka menyeru rakyat Malaysia agar menolak politik kebencian dan penghinaan yang tidak membawa sebarang nilai tambah kepada kemajuan negara.


''KEADILAN dan seluruh kepimpinan di Johor akan terus mempertahankan maruah PM Anwar dan menjunjung tinggi prinsip kesopanan serta kesusilaan dalam budaya politik tanah air.


''Politik matang, beradab dan berprinsip adalah jalan ke hadapan bagi Malaysia yang lebih maju dan bersatu,'' kata mereka lagi.


Kenyataan itu dikeluarkan dan disokong bersama oleh Ketua Cabang Bakri, Md Ysahrudin Kusni; Ketua Cabang Tenggara, Fakharuddin Moslim; Ketua Cabang Sri Gading, Abdul Saad Salleh, Ketua Cabang Johor Bahru, Mohamad Taufiq Ismail, Ketua Cabang Pengerang, Faizul Abdul Ghani dan Ketua Cabang Pontian, Haniff Hosman.


Turut menyatakan sokongan ialah Ketua Cabang Pagoh, Subramani Chami; Ketua Cabang Kulai, Arthur Chiong Sen Sern; Ketua Cabang Tanjung Piai, Mohd Sayfaul Ariffin Abdul Karim; Ketua Cabang Kota Tinggi, Ibrahim Mohd Nor; Ketua Cabang Muar, Roselin Nona dan Ketua KEADILAN Kluang, Kalytas Chandrahasan.


Sokongan sama turut dizahirkan Ketua Cabang Sembrong, Mohd Shahrun Radzi Salehudin; Ketua Cabang Parit Sulong, Hishamuddin Misrin Ishak; Ketua Cabang Mersing, Khairil Adanan; Ketua Cabang Pulai, Faezuddin Puad; Ketua Cabang Pasir Gudang, Murad Jailani dan Ketua Cabang Ayer Hitam, Rosman Tahir.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page