top of page

Ketua-ketua AMK Selangor mahu Najwan Halimi kekal Ketua AMK Negeri


Ketua-ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menggesa Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Akmal Nasir menarik balik keputusan yang dibuat semalam, dan mengekalkan Najwan Halimi sebagai Ketua AMK Selangor.


Kenyataan bersama Ketua-ketua AMK itu menegaskan bahawa pengguguran Najwan sebagai Ketua AMK Selangor telah dibuat secara tergesa-gesa tanpa sebarang rundingan atau asas dan alasan kukuh.


"Mewakili anggota AMK peringkat Cabang seluruh Negeri Selangor, kami membantah keras keputusan (Akmal) yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa sebarang konsensus melibatkan pimpinan AMK Cabang Negeri Selangor.


"Sepanjang tempoh lebih dua tahun beliau memimpin AMK Negeri Selangor, Najwan Halimi telah mempamerkan kepimpinan yang cemerlang serta berperanan penting dalam menyatupadukan anggota AMK yang berpecah belah pasca Langkah Sheraton.


"Beliau juga telah memastikan pandangan, cadangan serta suara anggota akar umbi di Negeri Selangor diperjuangkan di peringkat yang lebih tinggi serta ditangani dengan baik.


"Justeru, kami menzahirkan solidariti dan dukungan penuh kepada Najwan serta menuntut Ketua AMK Malaysia menarik semula keputusan beliau dan mengekalkan kedudukan Najwan sebagai Ketua AMK Selangor demi memastikan kestabilan sayap pemuda KEADILAN serta mengelakkan perpecahan dalaman parti," kata kenyataan tersebut.


Ketua-ketua AMK Selangor dalam pada itu juga menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden parti dari sebarang unsur yang mahu memecah belahkan perpaduan KEADILAN.


"Kami turut menyatakan sokongan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden KEADILAN dan akan terus mempertahankan beliau dari digugat oleh pihak-pihak yang cuba melemah serta memecahbelahkan parti," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua AMK Kuala Langat Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman, Ketua AMK Puchong Mohd Fitri Jamaludin, Ketua AMK Damansara Muhammad Dzul Hilmi Zainol, Ketua AMK Hulu Langat Muhammad Hanafi Jalalludin, Ketua AMK Bangi Saiful Azlan Zainal, Ketua AMK Hulu Selangor Saifuddin Shafi Muhammad, Ketua AMK Kota Raja Jestin Raj A/L Savarimuthu, Ketua AMK Klang Ahmad Faiz Mustapa Kamal, Ketua AMK Petaling Jaya Shahrulnizam Abdul Rahim, Ketua AMK Tanjong Karang Mohd Helmi Sanusi, Ketua AMK Kapar Megat Shariffudin Shaharuddin, Ketua AMK Ampang Awalluddin Shariff, Ketua AMK Gombak Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli dan Ketua AMK Kuala Selangor Selventhiran A/L Sandanam.


Juga Timbalan Ketua AMK Selayang Mohamad Kusini Abd Rahim, Timbalan Ketua AMK Sungai Buloh Syafiq Iqmal Fozi dan Timbalan Ketua AMK Pandan Mohd Izat Hamirudin.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page