top of page

'Ketua Hakim Negara telah lama diganti jika PM tunduk pada tekanan'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 1
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Isu pelantikan Ketua Hakim Negara tidak wajar dipolitikkan atau dijadikan alat serangan terhadap Perdana Menteri, tegas Angkatan Muda KEADILAN (AMK).


Ketua Penerangan AMK Malaysia, Danish Hairudin (gambar) berkata pelantikan mana-mana jawatan tertinggi badan kehakiman adalah proses yang tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan, bukannya mengikut kehendak politik mana-mana pihak.


"Tuduhan kononnya pelantikan atau lanjutan jawatan Ketua Hakim adalah ‘permainan politik’ adalah tidak bertanggungjawab dan hanya bersifat spekulatif.


"Jika Perdana Menteri tunduk kepada desakan politik mana-mana kelompok berkepentingan, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mungkin sudah lama digantikan — lebih-lebih lagi kerana beberapa keputusan penting beliau yang tegas dalam kes-kes rasuah dan integriti," katanya dalam kenyataan.


Tengku Maimun akan mencapai umur persaraan wajib bagi hakim, 66 tahun, hari ini.


Menjelang persaraannya, pihak tertentu membidas PM Anwar kerana enggan melanjutkan tempoh perkhidmatannya.


Anwar menerusi ucapannya di Jabatan Perdana Menteri pada Isnin menegaskan, perdana menteri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan pelantikan hakim.


Keputusan sedemikian perlu melalui proses yang melibatkan Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC), mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan perbincangan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.


"Pendirian Datuk Seri Anwar yang berpegang pada prinsip tidak mencampuri urusan badan kehakiman jelas membuktikan Kerajaan Perpaduan MADANI menghormati prinsip pengasingan kuasa serta menjunjung kedaulatan undang-undang.


"Kita seharusnya bersyukur kerana Malaysia kini dipimpin seorang Perdana Menteri yang menghormati institusi, bukan memperalatkannya. Tegakkan kebenaran, hormati institusi. Itulah semangat reformasi yang sebenar," tambah Danish.


Sehubungan itu menurutnya, AMK menyeru semua pihak termasuk pembangkang serta penyokong kerajaan supaya tidak mempergunakan institusi kehakiman sebagai modal politik murahan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page