Ketua Cabang Kuantan rasmi Majlis Adat Perlimau Silat Seni Gayong Malaysia
- Suara Keadilan

- Sep 8
- 1 min read

Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi baru-baru ini merasmikan Majlis Adat Perlimau Ujian Kenaikan Bengkung Perdana Gelanggang Daerah Kuantan dan Penyampaian Penerimaan Bengkung Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Negeri Pahang.
Dalam ucapannya, Fakhrul Anuar menekankan kepentingan aktiviti ko-kurikulum seperti silat dalam membentuk jati diri generasi muda.
"Kegiatan ko-kurikulum seperti silat ini menanam sifat disiplin dan keberanian di samping memastikan tahap kecergasan yang tinggi kepada anggota-anggota yang terlibat.
"Setiap ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka secara sukarela menyertai kegiatan silat ini pasti mempunyai harapan yang tinggi di dalam pembentukan karakter positif dalam diri anak-anak," katanya dalam muat naik di Facebook.
Setakat ini, lebih 3,000 anggota pesilat pelbagai peringkat umur telah menyertai PSSGMK Daerah Kuantan, meliputi pelajar sekolah, universiti, belia dan golongan dewasa. Minat belia terhadap silat di Kuantan juga dilaporkan semakin meningkat saban tahun.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi PSSGMK Negeri Pahang, Gurulatih Cikgu Kassim Samad, Timbalan Pengerusi Gurulatih Ahmad Tajuddin Othman, Pemegang Waris Amanah PSSGMK Pantai Timur Gurulatih Shaari Md Nor, Yang Mulia Engku Kamalul Khalid Engku Kamaluddin, serta pimpinan KEADILAN Kuantan termasuk Ketua Wanita Sridayu Samsuri dan Pengerusi Biro Pendidikan Masyarakat, Ustaz Tan Ibrahim.









Comments