Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Wendey Agong Baruh yang juga merupakan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.35 Sindumin bersama Ketua Wanita KEADILAN Sipitang, Junaidah Makku merangkap Pemaju Masyarakat N.35 Sindumin baru baru ini hadir meraikan Majlis Ramah Mesra Raya Aidilfitri di Pejabat Daerah Sipitang, Sabah.
"Kesempatan bersama pegawai kerajaan setempat itu berjaya mengeratkan hubungan silaturahim bersama agensi-agensi kerajaan," kata mereka dalam kenyataan.
Majlis itu juga, menurut mereka, digunakan bagi mendengar aduan masyarakat melibatkan infrastruktur, jalan raya dan lain-lain.
Comments