top of page

Ketua Cabang KEADILAN Kuantan dilantik Ahli Majlis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 25, 2024
  • 1 min read


Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi baru baru ini dilantik sebagai ahli Majlis Bandaraya Kuantan bagi sesi 2024-2026.


Beliau adalah antara 15 orang ahli Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) yang telah mengangkat sumpah di hadapan Datuk Bandar MBK, Datuk Razihan bin Adzharuddin, pada 24 April 2024 yang lalu.


"Fakhrul Anuar merupakan graduan ijazah sarjana muda Perakaunan dan Ekonomi dari University of Southampton di England, United Kingdom pada tahun 1992.


"Sekembali ke Malaysia, beliau telah berkhidmat di dalam pelbagai industri termasuk industri automotif dan industri minyak, gas dan petrokimia selama 20 tahun di dalam bidang perakaunan, kewangan dan pengurusan projek.


"Beliau juga aktif menggerakkan aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan bersama Pertubuhan Kuantan Prihatin Negeri Pahang dan Pertubuhan Ekonomi Madani Pahang.


"Antara program memberi impak besar ialah tuisyen percuma SPM sejak 2016 hingga sekarang di banyak sekolah di daerah Kuantan," kata kenyataan media KEADILAN Kuantan susulan pelantikan Fakhrul.


Selain itu, Fakhrul juga aktif dalam politik sejak tahun 1999 sebagai Pengurus Kempen Fuziah Salleh dalam Pilihan Raya Umum Ke-10 di Parlimen Kuantan.


Kemudian dipilih sebagai Ketua Cabang KEADILAN Kuantan sejak tahun 2018 hingga sekarang. Beliau juga Naib Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang sejak tahun 2022 dan Ketua Biro Ekonomi KEADILAN Pahang.


Beliau turut dilantik sebagai Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan sejak 2013 dan menjawat Pegawai Tugas-tugas Khas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tahun 2018 hingga 2020 dan kini Pegawai Khas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


Dengan pengiktirafan ke atas Fakhrul dan sumbangannya kepada Majlis Bandaraya Kuantan diharapkan dapat membantu KEADILAN merampas semula kerusi parlimen berkenaan yang ditawan oleh PN pada Pilihan Raya Umum ke 15 lalu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page