Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Datuk Seri Amiruidn Shari merakamkan penghargaan kepada para penyokong dan anggota KEADILAN keseluruhannya di atas kemenangan beliau di cabang berkenaan.
Beliau juga merakamkan penghargaan ke atas pencabarnya Farhash Wafa Salvador yang menghidupkan demokrasi dalam Pemilihan KEADILAN 2022.
"Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh anggota KEADILAN Cabang Gombak.
"Sesungguhnya amanah dan kepercayaan ini akan saya galas sebaiknya bagi meneruskan ikhtiar, kerja baik dan usaha kita di Gombak.
"Saya turut merakamkan penghargaan buat Saudara Farhash Wafa Salvador di atas persaingan sihat merebut jawatan Ketua Cabang Gombak. Ucapan terima kasih turut saya rakamkan buat para petugas Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang telah berjaya memastikan pemilihan di Cabang Gombak berjalan dengan lancar," katanya.
Justeru menuju Pilihan Raya Umum ke 15, Amirudin mengharapkan Cabang Gombak bersatu padu menghadapi musuh bersama BN - PN.
"Saya ingin mengajak seluruh anggota KEADILAN Gombak untuk kita perkukuhkan muafakat, merangkul seluruh kekuatan dan bersiap sedia mempertahankan Gombak sebagai kubu kuat KEADILAN menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 tidak lama lagi. Reformasi!" katanya.
Comments