top of page

Ketua Biro Mobilisasi AMK tekad susun langkah strategik, perkuat jentera parti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 21
  • 2 min read
ree

Ketua Biro Mobilisasi Angkatan Muda KEADILAN Malaysia yang baharu dilantik, Bariqul Zaman Batharul Zaman (gambar) bertekad akan menyusun jentera AMK bagi memperkuatkan mobilisasi anak muda terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.


Beliau yang diumumkan menjawat jawatan berkenaan semalam untuk penggal 2025 - 2028 oleh Ketua AMK Pusat, Kamil Munim berkata, akan memperkasakan lagi gerakan mobilisasi secara efektif dan menyeluruh, terutama dalam menghadapi pilihanraya.


"Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk memikul amanah ini. Saya akan menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan menjaga kepercayaan yang telah diberikan.


"Fokus utama saya dalam jangka pendek adalah mobilisasi kepada PRN Sabah. Ini peluang besar untuk memperlihatkan kekuatan dan 'kekompakan' kita di seluruh negara," kata Bariqul Zaman dalam kenyataan hari ini.


Beliau yakin melalui strategi tersebut kekuatan gerakan rakyat yang bersatu padu akan mampu membawa kemenangan kepada parti di Sabah dan memastikan agenda rakyat terus terbela.


Di samping itu, visi jangka panjang Bariqul Zaman pula adalah untuk untuk mengaktifkan Biro Mobilisasi di setiap negeri dan di kesemua 220 cabang di seluruh Malaysia.


Katanya, kekuatan mobilisasi adalah aset penting untuk AMK menghadapi cabaran pilihanraya berikutnya, dan bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang dalam misi mengekalkan Kerajaan Madani serta memperkukuhkan mandat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Mobilisasi adalah nyawa perjuangan kita. Dengan kekuatan ini, kita boleh mengukuhkan kedudukan kerajaan serta memastikan suara rakyat terus didengar dan diwakili.


"Kita mahu memastikan kestabilan dan kemakmuran negara tercapai melalui usaha gigih dalam memperlihatkan semangat solidariti seluruh rakyat Malaysia," katanya lagi.


Bariqul Zaman dalam Pemilihan KEADILAN 2025 lalu telah berjaya mengekalkan posisi sebagai Ketua AMK Sungai Buloh untuk penggal kedua.


Beliau juga memegang jawatan Pengerusi Dewan Usahawan Malaysia dan sering terlibat dalam program usahawan bagi memperkasakan suara golongan muda dan usahawan di seluruh negara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page