top of page

Ketua Bahagian Bersatu Kuala Krau sertai KEADILAN


Mohamad Rafidee Hashim membuat kejutan apabila beliau membuat keputusan untuk keluar daripada parti Bersatu untuk menyertai KEADILAN.


Beliau merupakan Ketua Bersatu Bahagian Kuala Krau dan bertanding di Parlimen Kuala Krau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) namun tewas kepada calon UMNO, Ismail Mohamed Said.


Rafidee berkata, beliau membuat keputusan sedemikian kerana mahu terus bersama dengan perjuangan Pakatan Harapan (PH).


"Pengisytiharaan ini merupakan atas kerelaan diri saya sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak.


"Saya tekad untuk terus bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan bagi merealisasikan negara ke arah yang lebih baik dan seimbang dari pelbagai sudut," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, Rafidee menyifatkan beberapa tindakan yang diambil oleh kepimpinan tertinggi Bersatu sejak Langkah Sheraton menyebabkan beliau hilang kepercayaan terhadap parti itu.


"Tindakan jijik yang membelakangkan mandat rakyat demi nafsu dan kuasa oleh Bersatu menjadikan saya tidak lagi yakin dengan perjuangan Bersatu.


"Bersatu yang bersekongkol dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dahulu dikenali sebagai 'kleptokrasi' amat mengecewakan saya," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.


Selain Rafidee, seramai 200 ahli Bersatu termasuk barisan kepimpinan Kuala Krau turut menyertai KEADILAN.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page