top of page

Ketua Audit Negara yakin pentadbiran Anwar atasi ketirisan



Isu pembaziran dan ketirisan perbelanjaan negara yang membelenggu negara mampu ditangani pada masa hadapan.


Keyakinan itu disuarakan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berikutan komitmen yang dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini supaya setiap kementerian, jabatan dan badan berkanun meneliti dan tidak memandang remeh terhadap laporan audit yang dibentangkan.

Malah menurut Nik Azman, pada pertemuan pasukan audit dengan Perdana Menteri pada 17 Jan lepas, Anwar menyatakan tidak akan menyekat kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan malah meminta Jemaah Menteri supaya menyemak laporan berkenaan.


"Mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri menjadi perangsang kepada pasukan audit untuk terus melakukan yang terbaik dalam memberi berkhidmat kepada masyarakat dan negara," katanya.


Nik Azman berkata begitu pada taklimat media berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 di Putrajaya pada Khamis.


Beliau sebelumnya memaklumkan semakan audit mendapati berlaku dua kes pembaziran termasuk melibatkan peralatan ventilator bagi kegunaan Covid-19 yang dibeli tetapi tidak dapat digunakan,


Menurut laporan itu, kerajaan mengalami kerugian lebih RM13 juta selepas 108 daripada 136 mesin ventilator baru yang ditempahnya di bawah perolehan darurat tidak dapat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berikutan itu, kerajaan terpaksa membelanjakan RM3.97 juta lagi untuk kerja-kerja menaik taraf oleh syarikat yang sama, menjadikan jumlah kos keseluruhan perolehan ventilator meningkat kepada RM24.07 juta.


Terdapat juga satu kes melibatkan pembayaran tidak teratur bernilai RM100,000 iaitu program pengurusan perkhidmatan ambulans dan perkhidmatan udara dilaksanakan sebelum pesanan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page