Ketua AMK Wilayah anjur gotong royong pembersihan banjir



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menganjurkan gotong royong membersih rumah mangsa banjir.


Menurut ketua AMK Wilayah, P. Prabakaran, gotong royong dianjurkan di kawasan kawasan yang terjejas banjir baru baru ini.

AMK Wilayah membersihkan rumah digenangi lumpur

"Saya bersama rakan-rakan AMK Wilayah Persekutuan turun gotong royong penduduk kawasan sekitar Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat banjir.


"Saya berbesar hati sekiranya NGO/NGI serta warga Kuala Lumpur yang berkelapangan turut serta bersama kami untuk mengurangkan beban penduduk yang terkesan akibat bencana alam ini," katanya.


Beberapa penempatan penduduk sekitar Sungai Kelang dan Sungai Gombak dilanda banjir dalam tempoh 24 jam pada 19 Disember lalu selepas hujan lebat turun selama 2 hari.


Selain bergotong royong AMK juga memberi sedikit sumbangan barang makanan kepada mangsa mangsa banjir.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER