top of page

Ketua AMK Sabah sumbang RM1,000 bantu persiapan hoki Kota Marudu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 28
  • 1 min read

Zaidi menyumbang RM1,000 kepada pasukan Hoki bawah 18 tahun Kota Marudu
Zaidi menyumbang RM1,000 kepada pasukan Hoki bawah 18 tahun Kota Marudu

Oleh: Azuan Ab Rahman


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh warga pendidikan daerah Kota Marudu atas penganjuran kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun dan 18 Tahun.


Ketuanya, Zaidi Jatil menerusi hantaran di laman Facebook berkata, kejohanan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu itu bukan sahaja membina bakat muda, tetapi turut menyemarakkan semangat perpaduan dan kesukanan dalam kalangan pelajar, warga pendidik dan komuniti setempat.

"Saya bangga melihat pembangunan sukan hoki di daerah ini yang semakin berkembang.


"Walaupun kita kekurangan fasiliti sukan, namun semangat para guru, jurulatih dan pemain telah melahirkan ramai atlet berkualiti," kata Zaidi yang juga Ketua AMK Kota Marudu itu.


Sebagai tanda sokongan kepada kontinjen yang akan membawa cabaran Kota Marudu ke peringkat negeri, Zaidi turut menyumbangkan RM1,000 bagi membantu persiapan pasukan.


"Pasukan hoki Kota Marudu telah muncul juara negeri selama dua tahun berturut-turut.


"Saya doakan semua urusan pasukan dipermudahkan, dan semoga tahun ini Kota Marudu berjaya menjuarai keseluruhan kejohanan hoki peringkat negeri Sabah. Insya-Allah," tambahnya menerusi hantaran tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page