top of page

Ketua AMK Sabah lawat pusat pemindahan banjir di Kota Marudu



Banjir yang melanda Sabah menyebabkan banyak keluarga di beberapa daerah terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).


Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah, Zaidi Jatil telah menziarahi beberapa PPS di negeri ini seperti di SK Teritipan dan S.M.K Bengkongan.


Dalam lawatan itu beliau menyerahkan bantuan seperti air mineral, minuman kotak, biskut dan lain-lain untuk mangsa banjir di PPS tersebut.


"AMK Kota Marudu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga menjadi sukarelawan dan memberikan sebarang bantuan jika diperlukan.


"Saya berharap semua pihak dapat tampil menghulurkan sumbangan. Setakat ini apa yang saya dimaklumkan keperluan makanan dan air mineral serta makanan ringan juga diperlukan.


"Saya juga berharap agar Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan membantu mangsa-mangsa banjir di Daerah Kota Marudu dan Pitas melalui Bantuan Khas Tunai RM1000 ringgit kepada setiap isi rumah," katanya.



Menurut beliau bantuan wang ringgit amat diperlukan kerana ramai yang bekerja harian tidak dapat bekerja pada musim hujan, ditambah pula banjir sudah tentu menyebabkan rakyat kerugian harta benda.


"Saya harap terdapat pihak yang boleh menghulurkan bantuan tunai untuk meringankan sedikit beban mangsa yang terlibat," katanya lagi.


Setakat ini 8 PPS yang di aktif di Kota Marudu seperti PPS Dewan Komuniti, PPS SK Teritipan, PPS Kg. Asin-Asin, PPS SMK Tandek, PPS SMK Bengkongan, PPS SK Ranau, PPS Dewan Masolog, PPS Dewan Longob yang menempatkan hampir 3,200 mangsa banjir dan kemungkinan akan berlaku lagi pertambahan pusat pemindahan sementara (PPS) jika situasi banjir memburuk.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page