top of page

Ketua AMK Kedah beri sumbangan, galakan kepada peniaga OKU

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Fitri Ismail (dua dari kanan) sering turun padang memberi bantuan dan galakan
Fitri Ismail (dua dari kanan) sering turun padang memberi bantuan dan galakan

Oleh: Akmal Manaf


Sebagai tanda sokongan dan pengiktirafan terhadap semangat juang serta keusahawanan yang terus subur meskipun berdepan keterbatasan, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail baru-baru ini telah meluangkan masa melawat Ahli Jawatankuasa AMK Merbok iaitu Amir Azam.

Fitri berbual dengan Amir Azam (kiri)
Fitri berbual dengan Amir Azam (kiri)

Menurut Mohammad Fitri yang juga Ketua AMK Merbok, dalam pertemuan berkenaan turut disampaikan sumbangan sebagai sokongan terhadap perniagaan yang diusahakan Amir.


"Amir juga merupakan penerima Anugerah Orang Kelainan Upaya (OKU) Terbaik daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani.


"Satu pengiktirafan yang membuktikan bahawa keterbatasan bukan halangan untuk terus menyumbang, berusaha dan memberi inspirasi kepada masyarakat.


"Semoga sumbangan kecil ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah ke hadapan, mengembangkan perniagaan dan memberi manfaat kepada lebih ramai insan," katanya dalam satu muat naik di Facebook rasmi beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page