Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, R Yuneswaran (gambar, dua dari kanan) bersama rakan rakan semalam melawat ke kampung Lombong, Shah Alam yang terjejas teruk akibat banjir bandang pertengahan Disember lalu.
Menurut Yuneswaran, mereka melawat saudara Hadi, Penolong Setiausaha AMK Johor di kampung halaman beliau.
"Hampir 90% terjejas dari 9 ribu penduduk di kampung Lombong akibat bencana banjir.
"Beliau (Hadi) yang sudah menetap di kampung itu lebih 30 tahun dan tidak pernah banjir tetapi kali ini amat buruk keadaannya.
"Kami juga membuat lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mengetahui keadaan lebih terperinci dari Ketua Kampung. Segala persiapan cukup teratur dan saudara Hadi juga melibatkan diri sebagai sukarelawan untuk membantu orang sekampung dalam urusan bantuan," katanya.
AMK Johor turut menghulurkan bantuan kewangan kepada saudara Hadi dalam kunjungan berkenaan.
Comments