Ketokohan Anwar diperlukan pimpin agenda reformasi menuju PRU 15 - NGO Reformis



Gabungan 10 NGO reformis menyokong penuh kepimpinan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin agenda reformasi menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Gabungan Reformis Malaysia (GRM) berkata, tiada sosok lain yang memiliki karisma, keupayaan dan pengalaman sebagaimana dimiliki Anwar bagi memimpin Pakatan Harapan (PH) memasuki PRU yang dianggap paling mencabar.


Sebaliknya, menurut koordinator GRM, Mustaffa Kamil Ayub, suara-suara sumbang yang menyeru kepada pengunduran Anwar sebagai Pengerusi PH selepas kegagalan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah tidak wajar memandangkan tiada calon lain yang lebih layak berbanding Presiden KEADILAN itu.


"Anwar merupakan pelopor gerakan Reformasi. Deklarasi Permatang Pauh 1998 yang sarat dengan agenda Reformasinya adalah gagasan utama beliau.


"Sesungguhnya, kepemimpinan beliau bagi memimpin Agenda Reformasi Malaysia amatlah diperlukan pada saat ini terutamanya menjelang PRU 15 yang semakin hampir.


"Bagi GRM apa yang perlu di saat ini adalah untuk semua pendukung Agenda Reformasi bermuhasabah dan bermuafakat bersama maju kehadapan. Kekuatan digembleng, kelemahan diatasi, peluang digarap dan ancaman ditangani," katanya.


Untuk itu, GRM menyeru agar muhasabah kekalahan PRN Melaka dilakukan segera dan satu strategi baharu dibina bagi menghadapi naratif persaingan tiga penjuru antara BN, PN dan PH pada PRU ke 15 kelak.


"GRM berpandangan suatu pelan strategik yang menyeluruh perlu dilakarkan bersama bagi menjana kemenangan di PRU 15.


"Kami juga sedang mengatur pelbagai pelan tindakan, pelbagai program dan aktiviti bagi sama-sama membantu memasyarakatkan Agenda Reformasi Malaysia sekaligus merangkul kemenangan PRU 15," katanya lagi.


GRM dianggotai 10 NGO antaranya, Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT), Pro98 Reformis, Otai Reformis 1998, Jingga 13 Malaysia, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM), Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN) dan beberapa yang lain.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER