top of page

Ketirisan RM60 bilion: Banyak masalah rakyat selesai jika tidak rasuah - Mat Sabu



Negara didedahkan dalam laporan Global Financial Integrity pada 2017 mengalami kerugian antara RM40 hingga RM60 bilion setahun akibat korupsi.


Bagi Presiden Amanah, Mohamad Sabu, jumlah tersebut amat besar dan boleh mempengaruhi kemajuan negara sekiranya berjaya diselamatkan.


"RM60 bilion ini angka cukup tinggi dan banyak.


"Namun kenapa orang Melayu tidak sensitif dengan rasuah. Orang Cina mereka buktikan, bila berlaku skandal koperasi MCA zaman Tan Koon Swan (presiden MCA) mereka hukum MCA dari 1986 sampai sekarang MCA tak naik.


"Orang Melayu kita dedah hal rasuah, mahkamah dedah. 9 hakim kata Najib bersalah, Najib curi, orang Melayu panggil dia 'bossku'. Pelik atau tidak perangai orang Melayu.


"Oleh itu kita kena jadikan rasuah isu utama kalau nak maju. Kita lihat negara keliling seperti Singapura, New Zealand yang kuat lawan rasuah menjadi negara maju kerana wang negara mereka diguna sebaik mungkin untuk pembangunan negara.


"Di singapura kita tak dengar mereka bercakap hadis ke, Quran, 'pemberi rasuah dan penerima rasuah tempatnya dalam neraka'. Tetapi Singapura rasuah amat rendah. Antara terendah dalam dunia.


"Saya tak tau Perdana Menteri New Zealand tahu ke tak hadis itu tetapi New Zealand negara rasuahnya amat rendah. Kita baca hadis, baca Quran tetapi kita tak laksanakan. Bahkan parti Islam bersekongkol dengan puak rasuah untuk memerintah Malaysia.


"Malu kita di dunia Islam perkara rasuah tidak menjadi hujah utama," katanya dalam ceramah Pelancaran Pakatan Harapan Kedah, malam tadi.


Majlis pelancaran PH Kedah dengan pemimpin utama tandatangan di atas bendera PH

Mohamad juga mahu rakyat Kedah sekali lagi berubah sebagaimana mereka berubah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.


Katanya, rakyat telah melihat bagaimana beberapa pemimpin Umno dibicarakan kerana rasuah apabila BN tidak lagi memerintah.


Oleh itu, katanya, jika menang lagi maka skandal lain seperti LCS dan sebagainya boleh diadili.


"Kita tuduh orang rasuah buktinya mana? Saya tak boleh geledah, cari fail. Tuduhan kalau tak betul jadi fitnah. Siapa yang boleh siasat rasuah, polis, SPRM atau jawatakuasa khas.


"Bila mendapat kuasa dalam PRU 2018 kita nak tahu tuduhan selama ini adakah rekaan (jadi tubuhkan jawatankuasa siasat rasuah).


"Sepatutnya saya terima kapal LCS pada April 2019. Tiba tiba tak sampai maka saya minta laporan dari pengerusi (jawatankuasa) Amrin Buang, dan diberi laporan oleh pemimpin tentera dan pegawai awam di kementerian. Didapati dah habis RM6 bilion satu kapal pun tak siap.


"6 helikopter RM300 juta, satu pun tak sampai. Rupanya tuduhan selama ini berlaku rasuah, tirus, penyelewengan, betul. Kemudian nak siap macam mana? Katanya 2026 baru siap yang pertama. Belum tentu boleh siap


"Kenapa? Ada orang yang dibayar tak kena mengena dengan kerja buat kapal, beratus juta," katanya sinis.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Raja itu mengecam keputusan terbaharu pemimpin Umno berkeras untuk mengadakan PRU 15 pada musim banjir.


Katanya, pengalaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan pengundian pada waktu banjir harus dihitung oleh mereka sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen.


"Pernah berlaku banjir di DUN Tenang, betapa susahnya SPR nak mengendalikan Pilihan Raya Kecil waktu banjir. Itu satu DUN di Johor.


"Bagaimana berlaku banjir di seluruh Malaysia? Tak masuk akal langsung, kata (bekas Pengerusi SPR) Tan Sri Aziz buat pilihan raya waktu banjir.


"Tetapi bagi Zahid Hamidi yang penting dia nak dapat kuasa semula, kluster mahkamah menghadapi perbicaraan. Mereka nak adakan pilihan raya kalau boleh November, selepas bajet 7 Oktober.


"Mereka boleh bubar Parlimen dan DUN. Biar rakyat mampus asalkan Umno memerintah. Biar rakyat susah asalkan Zahid Hamidi jadi PM," tempelak Mat Sabu lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page