top of page

Ketirisan RM277 bilion sejak 2018 bukti rasuah 'membengkak' - Anwar



Pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa berlaku ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun iaitu dari 2018 hingga 2023 adalah angka yang menggemparkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata, keadaan itu membuktikan gejala rasuah 'membengkak' di negara ini sedangkan jumlah sebesar itu sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat seperti pembasmian kemiskinan, pembinaan infrastruktur seperti sekolah dan hospital, serta membantu golongan yang memerlukan.


"Atas sebab itu, semua pihak termasuk rakyat perlu berganding bahu bersama agensi penguatkuasaan seperti SPRM untuk membanteras gejala tersebut.


"Isu ini tidak boleh dipandang ringan. Anda memerlukan kesungguhan, komitmen, dedikasi dan keberanian serta memerlukan legislatif dan perundangan yang kuat untuk melindungi kita dari gejala rasuah. Dan paling penting anda perlu keberanian politik serta hala tuju yang jelas," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Putrajaya hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya percaya, dengan kekuatan dan tekad politik yang jelas, semua pihak tidak sanggup dan tidak bersedia untuk berkompromi dengan rasuah.


Pelancaran strategi melawan rasuah menjadikan Malaysia negara yang lebih baik pada masa hadapan

"Kita luncurkan agenda pembanterasan rasuah, yang tentu tonggaknya masih SPRM, tetapi yang terlibat ialah semua termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja, dan agensi-agensi lain yang harus memastikan negara ini beranjak daripada keterlanjuran lalu dan lebih bertekad untuk membanteras gejala rasuah," tegas beliau.


Dalam pada itu Perdana Menteri berkata pihaknya mengambil maklum kekangan yang dihadapi SPRM dalam menjalankan penguatkuasaan terutamanya membabitkan individu berpengaruh.


"Kerana apabila kita perangi rasuah, perasuah itu bukan manusia kerdil atau kecil.

Perasuah itu orang berpengaruh, darjat atasan, daya yang besar, akan menggunakan sebarang usaha melalui media sosial, jentera kerajaan, kuasa pengaruh politik untuk menghalang, menyerang sama ada tokoh politik atau bidang penguatkuasaan.


"SPRM sendiri tahu bagaimana kadang-kadang terpaksa menghadapi serangan, tohmahan dan juga bala keselamatan kerana dalam pertarungan ini, pertarungan yang dahsyat.


"Sebab itu saya hadir memberikan dukungan, dan juga dua Timbalan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri ada, untuk menzahirkan pendirian kita, bukan sekadar meluncurkan satu lagi strategi, kerana sejak Merdeka berpuluh dah ada rancangan pembanterasan, pelan, dan undang-undang dipinda," katanya lagi.


Justeru itu, Perdana Menteri berkata, beliau yakin dengan pelaksanaan NACP, Malaysia bakal diangkat menjadi sebuah negara yang hebat daripada segi tatakelola, sekaligus dapat melonjak sebagai antara yang terhebat di rantau ini.


NACS 2024-2028 akan menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, dan lebih memberi fokus terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan.


NACS menggariskan strategi-strategi penting yang tertumpu pada peningkatan integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban merentas pelbagai sektor di Malaysia, termasuk ahli politik, pentadbiran awam, perolehan kerajaan, penguatkuasaan undang-undang, institusi perundangan dan kehakiman; sektor swasta serta masyarakat.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page